DR.ASRI DENGAN JEMAAH SATU MASJID MASUK UMNO MALAM INI

Melayurayadaily - Dato Azizan Yaakob

Sebak dada, perasaan bercampur gembira dan terharu, Dr. Asri dan rakan-rakannya intelektual islam, cukup jemaah satu masjid  masuk UMNO malam ini. Ini sudah menunjukkan kepada dunia bahawa UMNO adalah parti nasionalis berteraskan islam adalah sebuah parti yang dinamik dalam mencari kebenaran Ilahi.

Walaupun UMNO tidak melaungkan slogan negara islam kerana muslihat tertentu tetapi para intelektual islam mengkaji dengan mendalam peranan yang dimainkan oleh UMNO  dalam mengembangkan islam dalam dunia yang penuh ranjau ini. Para alim ulama' yang bukan menyertai secara melulu ini, mengitiraf bahawa UMNO parti politik yang diharapkan mengembangkan islam secara konsisten dan berhemah.

Majlis khusus untuk menyerahkan borang UMNO sedang berlangsung di Galeri UMNO PWTC penuh hormat YAB PM Najib menerima Dr.Asri Zainul Abidin dan  40 rakannya satu anjakkan kepada kekuatan UMNO dan sudah tentu akan menarik lebih ramai lagi alim ulama' menyertai UMNO Pada masa hadapan.

PAS yang melebelkan diri sebagai parti islam itu sudah tentu menerima pukulan yang hebat dari umat islam yang cintakan islam kerana kebelakangan ini sudah tentu pertubuhan politik kosmatik islam itu, dipinggirkan oleh golongan cerdik pandai islam.

UMNO akan berubah idealisma perjuangan dengan injeksi tokoh-tokoh ulama' dan dengan berlandaskan landskap melayu sebagai penganut terbesar maka sudah pasti agama akan membentuk hala tuju perjuangan tanpa membelakangkan keserdanaan dan pijakan bumi realiti masyarakat majmuk negara ini.

Tanpa banyak melontarkan bicara, secara pemasaran dan imej UMNO sebagai sebuah parti melayu islam akan mengorak langkah lebih yakin dan sexy dimata masyarakat bahawa umno boleh menarik lebih ramai lagi para idealis Islam untuk bersama memerintah menutup kedua pelupuk mata dan telinga terhadap PAS yang lama kelamaan akan tinggal tangkai sahaja. Marilah sama kita melaungkan :


                                           'ALLAHU AKBAR'

2 comments:

zulkbo said...

salam bertandang lagi
جزاك اللهُ خيراً‎

Cheguman said...

Hanya ulama yang matang dalam perjuangan sahaja akan memilih UMNO. Manakala yang baru mencuba-cuba berpolitik akan mudah dipancing PAS. Justeru kita perlu beri pendedahan politik seluasnya kepada semua pelajar aliran agama agar mereka tidak tersalah pilih nanti.