ALIRAN MASUK FDI MENJUNAM KERANA PENYANGAK DAN BODOH SOMBONG ?


Saya agak berminat untuk memberi sedikit komen tentang kemerosotan FDI kenegara ini lewat tahun 2009. Kepimpinan Pakatan rakyat bergendang tin  bahawa penurunan FDI ini kerana tiada keyakinan para pelabur faktor meningkatnya rasuah dan sekali gus mengurangkan akaun prestasi atau kelayakan PM Najib sebagai nombor satu negara.

Membelek analisis  UNCTAD aliran masuk FDI ke Singapura sekitar 75 bilion, Indonesia dan Thailand masing-masing 27 bilion meletakan Malaysia turun ketanga  66 dari  posisi ke 62 sebelumnya dengan kadar aliran masuk  21 bilion.  Persen  FDI menyusut kurang 80 % pada sebelum ini

Dua dekad yang lalu terdapat growth nyata dalam kedua-dua aliran stok dan  FDI dipelantar ekonomi dunia. Purata tahunan  aliran keluar FDI telah  meroket  sekitar USD 25 Bilion pada tahun 1975  ke USD 430 bilion pada tahun 1998.  Pemucukan FDI  didapati lebih tangkas daripada tingkat perdagangan dunia. Sekitar tahun 1984 hingga 1998 sahaja, terhimpun aliran masuk FDI dari pada semua negara didunia memapar  pertambahan 900%. Manakala penokokan perdagangan dunia hanyalah 121%. Kesannya, kira-kira tahun 1998  total stok  FDI  global  melebihi USD 4.0 trillion. Mengambil kira 12 tahun sudah sebagai premis perbincangan. Data itu diambil bagi mengimbas  menteri kewangan pada ketika itu, buat tahun penutup tirai jika masih dalam ingatannya.

Dari manakah pokok FDI itu datang? Sudah tentu lewat tiga benua penting ia itu benua  Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Benua Asia tergolong negara-negara Teluk, Jepun, Korea Selatan, Hongkong dan Singapore.

Kemana mereka melabur?  FDI ini kedudukannya bersimpang siur. Amerika  Syarikat sendiri menerima FDI yang terbesar.  Mengambil contoh tahun 1996  Amerika Syarikat sendiri menelan aliran masuk FDI, USD 84.6 Bilion. Kemudian bertatah naik setiap tahun. Bukan bermakna mereka negara kaya tidak menerima aliran masuk FDI,  malah kadar FDInya lebih memukat lagi dana dari seluruh dunia.

Negara-negara Eropah Timur, Latin Amerika dan Asia adalah medan yang membuat FDI terpikat  kerana hingga tahun 1996  terdapat 100 buah negara telah meminda  599 hukum melindungi FDI. Malaysia adalah dibilang satu dari 100 negara tersebut!.Kemsemua negara ini menadah FDI dengan sebesar-besar tapak tangan untuk menyegarkan ekonomi sendiri. Sebilangan besarnya seangkatan dengan Malaysia iaitu negara kian membangun. Jatuh bangun mereka sangat berkait dengan ehsan FDI.

Amerika adalah tuan punya dana FDI terbesar didunia telah dilanda subprima belum sembuh sepenuhnya. Sebahagian danamodal yang tersedia untuk aliran keluar sudah tentu dipakai  menambun jurang dalam mereka. Ia juga menyeret FDI negara-negara teluk yang lesap tanpa insuran di Amerika. Maka  pemain modal negara-negara teluk itu terpaksa menggerudi serta menyedut semula sebanyak mungkin 'mas hitam' untuk menutup balik FDI dan bon yang lesap dipulun  puak Yahudi tersebut.

Disitu kita lihat bahawa dua gergasi terpaksa jatuh bangun membina danamodal semula. Baik, bagaimana sang Eropah?.  Penangan kebangkrapan Geece telah meruntun nilai Euro, lantas mengecilkan nilai matawang kesatuan Eropah. Para ekonomis meramalkan Eropah akan menjurus kezaman kelabu  dalam tempuh terdekat ini. Oleh itu, persediaan mereka apa?. FDI lagi? Jawabnya sudah tentu berhati-hati.

Aduh..  Jika tiga gergasi FDI ini menggayut bendera separuh tiang dalam FDI sudah tentu lebih 100 negara  yang menagih itu  akan merayau mencari sumber baru untuk menyesuaikan diri dalam sekitaran  tidak menentu.

Libralisasi ekonomi di negara-negara kominis seperti di China, Vietnam dan lain-lain termasuk  negara-negara Eropah Timur yang mula stabil dari perang saudara juga harus diambil pusing dalam distribusi FDI yang menguncup sekarang.

Para investor barat masing-masing berlumba ke China bagi menentukan kelangsungan multinasional mereka. Mereka sudah kian terasa bahawa produk mereka tidak kompeten bersaing dipasaran antarabangsa. Sebagai contoh penawaran tender HSBB oleh Telekom Malaysia terdapat 9 syarikat multinasional bersaing.

Syarikat Huawei dan Zte dari China membolot semua tender dan Alcatel dari Perancis mendapat  bijinya( ciput). Telekom Malaysia menyelamatkan separuh dari bajet asal dengan menawarkan tender tersebut kepada Huawei dan Zte.  Tallab (US), Cisco ( US )  NEC ( Jepun ), Ericson (Sweeden)  UTStarcon Inc ( US )  pulang kosong  kerana tidak mampu bersaing dalam sebutan harga. Psikologi  ini menyebabkan mereka berbaris mencari lapang baru untuk memindahkan usaha  mereka ke China.

China menyedut FDI terbesar pada ketika ini. Keyakinan pemodal terhadap Vietnam mula meranggi. Indonesia seperti biasa menawarkan buruh yang angkanya menderu dan murah, begitu juga Thailand. Singapura adalah pondok Israel ketiga selepas Amerika harus dibaca secara mendalam.

Pakar ekonomi British, Dunning, J.H (1998) Explaining International production, mengatakan " faktor lokasi yang baik ada kaitan dengan FDI" Lebih terperinci lagi Faktor lokasi yang baik bukan kerana kelebihan pengetahuan, pemasaran dan pengurusan semata-mata malah lebih  penting lagi melibatkan soal PEST iaitu faktor  politik, ekonomi, social dan teknologi adalah pertimbangan utama untuk membawa FDI mereka ke Malaysia.

Perletakan perindustrian diMalaysia adalah diPantai Barat kerana sistem imfranya yang lengkap seperti  Port , KLIA, angkutan dan bandaraya. Para investor merumus bahawa negeri yang baik sebagai lokasi FDI tersebut seperti Pulau Pinang dan Selangor politiknya  tidak stabil dan bertentangan dengan aliran pemerintahan pusat.

Pertentangan antara kerajaan pusat dan negeri sudah tentu mempunyai risiko yang menjolok untuk melabur. Pengurusan pelaburan akan menjadi kusut berdepan dengan dua kepala yang tidak sehala.

Kedaifan ilmu dan pengalaman penerimaan pelabur dikalangan kerajaan negeri yang baru adalah merumitkan. Para pelabur tidak berminat untuk menjadi bola untuk ditendang keatas dan kebawah. Bagi mereka urusan dengan kerajaan untuk memulakan pelaburan memadai sekali. Para pelabur merumuskan perkara ini sudah tentu berfikir tidak mahu menanggung risiko dan lebih baik berpatah kelain. Ada tanah lain yang masih hijau.

Sebenarnya, angka terbaru FDI lebih tinggi dari Thailand dan Indonesia. Dua consortium  Saudia telah membawa masuk wang ke Malaysia .untuk melabur sebanyak  15 bilion lagi  Bagaimanapun, mereka belum menetapkan apakah bidang bisnes yang mereka akan laburkan. Sebab itulah kerajaan tidak mengumumkannya total pelaburan kerana mereka sedang mengenal pasti. Namun demikian dari jumlah itu 5 bilion  telah menetapkan sasaran FDI mereka untuk  pembangunan bercampur disekitar lembah kelang.

Akhirnya, tuduhan rasuah itu hanyalah  sangka jahat dari penyangak yang bercakap ikut sedap mulut tanpa melihat fenomina  secara makro dan rasional. Inilah corak sosio politik yang bertentangan dengan konsep mesra FDI  Jika begitu benarlah analisis pelaburan FDI  bahawa tidak ada kelebihan lokasi untuk meneruskan investasi kerana  negeri-negeri berkenaan dikuasai oleh maleng yang buta FDI. Pekak dan bodoh sombong..  bukan otak bodoh tetapi  bila dalam keadaan sombong itu nampak bodoh.

NOTA.
Semoga mesej ini sampai kepada DS Anwar Ibrahim dan  Tony Pua......ka?   MP DAP PJ utara itu ?.  

2 comments:

Cheguman said...

Hebat. Artikal yg sarat dengan maklumat dan disajikan menggunakan bahasa yang indah. Dato patut jadi kolumnis mana2 penerbitan.

azizan said...

ha ha ha Cheguman,

lambung tinggi weh, saya hanya penulis pinggir nak masuk jadi rakan bloggers pun tak dapat lagi.

terima kasih.