PARA pemimpin harus mengelakan berkonfrontasi dengan kumpulan media sosial. Mereka adalah individu bebas, ramai dan berangkai. Walau pun mereka bebas tetapi ada hala tuju perjuangannya. Ada yang berwajah dan ada yang tidak berwajah.
Antara mereka sebilangan besarnya tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Yang menyatukan mereka itu hanya kemana tuju tulisan halamannya. Pengenalannya amat jelas pada desain dan tulisan mereka. Antara media sosial utama adalah fecebook dan blog, web atau portal. Dalam hal ini saya membicarakan tentang web, portal dan blog. Ketiga-tiga ini saya sebut dalam satu iaitu blog bagi lebih mudah.Web dan portal boleh diadakan ruangan blog.
Blog, apa yang saya perhatikan ada dua laman utama iaitu blog politik dan bukan politik (sosial). Blog politik terbahagi kepada dua iaitu blog pro kerajaan dan blog pro pembangkang. Blog pro kerajaan dalam bahasa melayu dan Inggeris sebahagian besarnya didukung oleh penulis-penulis melayu yang menyokong kerajaan, parti pemerintah iaitu kerajaan BN dan UMNO-BN
Blog-blog ini lahir sebelum PRU12 tahun 2008 terutama blog pro pembangkang atau Pakatan Rakyat. PRU 2008, blog PR memainkan peranan psywar terpenting melemahkan BN. Kesannya apa terjadi pada PRU 12. Pada ketika itu, penyokong BN tidak pedulikan sangat terhadap propaganda halus bloggers dan peranan sms.
Selepas PRU 12 barulah lahir mendadak blog pro kerajaan. Namun demikian sebilangan besar dikalangan parti-parti komponen BN masih kurang peduli terhadap media ini. Ini kerana sebahagian besar dari kepimpinan terdiri dari orang lama yang bergantung pada media tradisi dan tidak celik IT. Namun demikian ada sedikit perkembangan dalam Facebook. Itu pun, ada yang setakat buka akaun sahaja tanpa operasi.
Bloggers pro kerajaan mempunyai etikanya tersendiri. Mereka menyokong kerajaan dan partinya. Mereka juga menyokong pemimpin tetapi tidak membuta tuli. Etikanya, sebarang yang disiarkan mesti ada kebenaran. Namun demikian ada terdapat segelintir penulis upahan yang hidup atas fitnah. Contohnya yang gempar beroperasi di Luar negara sekarang.
Bloggers menyokong kerajaan mempertahankan pemerintahan dengan 1001 gaya tulisan, ilustrasi dan berita. Prinsip mereka mahu kerajaan ditadbir secara bersih dari rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, gelagat pemimpin yang tidak menguntungkan kerajaan, parti dan rakyat khususnya orang melayu yang selama ini dieksploitasi oleh parti lawan. Mereka berpegang bahawa kerajaan yang bersih akan kekal lama.
Fokus mereka berperang dengan penentang kerajaan, pengkhianat negara dan sebarang bentuk yang mengancam agama, bangsa dan negara. Sasaran utama adalah golongan muda atau generasi baru yang tidak lagi membaca akhbar dari kertas dan jarang menonton media konvensional. Data terakhir pilihan pembacaan meningkat sekitar 40% dari bahan bacaan adalah media sosial. Lantaran itu semua media cetak telah menerbitkan 'on line' masing-masing.
Antara blog pro kerajaan dan blog anti kerajaan melapurkan sesuatu isu yang sama berbeza mengikut kepentingan politik masing-masing. Walaupun mereka berperang dari segi pemikiran tetapi mereka boleh bersama. Blog pro kerajaan memaut blog anti kerajaan. Begitulah sebaliknya. Ada sesuatu isu ia boleh jadi sama bila melibatkan soal-soal kemanusian dan negara.
Bloggers sensitive kepada isu atau berita. Sesuatu yang disiarkan mesti ada asasnya walaupun kadang kala kurang tepat. Tetapi prinsip mereka berpegang kepada kebenaran. Mereka berhubungan dengan berbagai jenis dan lapisan manusia termasuk para pemimpin, ahli perniagaan, rakyat terbanyak, pegawai kerajaan dan berbagai lagi. Lantaran itu jika sesuatu bahan itu diterbitkan adalah sumber maklumatnya. Jika sesuatu isu yang besar mereka memegang bukti-bukti yang kukuh untuk lebih bertanggung jawab.
Kepada pemimpin, cubalah elakan berlaga dengan bloggers. Jika ada sesuatu yang disiarkan carilah puncanya. Selesaikan secara aman, tertutup dan berunding jika boleh. Paling tidak mendiamkan diri. Jika mengambil tindakan keras, jika sesuatu itu ada asasnya mereka akan membela beramai-ramai.
Sebagai pemimpin tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Kadang-kadang dalam proses membuat keputusan dan pergaulan kita fikir baik tetapi ada pihak lain mentafsir ikut lain. Contohnya, dalam masa sama-sama membuat keputusan kerajaan ada pihak secara senyap tidak bersetuju dan ada pihak yang berkepentingan dan ada pihak yang mempunyai agenda tersembunyi. Dihadapan " yes sir" dibelakang "no sir". No itulah disalurkan kepada bloggers dengan maklumat yang tepat.
Suatu ketika dahulu, jika seseorang pemimpin bertelagah dengan media cetak atau letronik alamat berkemaslah pemimpin berkenaan untuk meninggalkan kerusinya. Hari ini tambah satu lagi cabang iaitu 'media sosial- bloggers'.
Ini adalah satu perkembangan baru dalam dunia media menjelang negara maju 2020. Kementerian Penerangan dan Komunikasi sepatutnya mendekati para bloggers dan melayani mereka sebagai jentera penerangan alaf baru. Mereka sebenarnya ada organisasi dan kepimpinannya. Ikutilah susur galurnya.
Dekatilah dan jauhi perselisihan dengan bloggers. Perdana Menteri telah cuba mendekati kumpulan ini dan memberi pengiktirafan kepada bloggers pro kerajaan. Mengapa tidak disusuli. Jika tidak ada pengiktirafan pun mereka berjalan juga. Air tetap mengalir kerana ia menjadi resam dunia alaf baru.
Pulang fikirlah pada kebijaksanaan tuan.
1 comment:
Salam Dato'Saya bersetuju dengan pendapat Dato' bahawa media IT telah banyak memberi maklumat kepada pembaca dengan lebih tepat berbanding media cetak.Ini kerana media cetak yang berita berita yang dipaparkan banyak menyebelahi sesuatu pihak.Jika media cetak itu milik kerajaan maka beritanya akan pro kerajaan walaupun apa yang kerajaan buat itu salah.Begitu juga jika media cetak itu milik pembangkang ianya akan memihak kepada pembangkang walaupun kesilapan disebelah mereka.Namun media IT penulisnya tidak pro kepada mana mana parti.Lalu mereka menulis mengikut kebenaran yang mereka lihat.Dan kebanyakkan bloggers mereka adalah bersifat natural.Lalu berita yang mereka tulis lebih telus dan boleh dipercayai dari media milik parti parti politik.
Post a Comment