MUSUH YONG TECK LEE ADALAH PKR



Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR  mengatakan Yong Teck Lee- SAPP  adalah pengacau (spoiler) kepada Pakatan Rakyat untuk menang di Batu Sapi.

CATATAN PINGGIR
Presiden PKR masih lagi berfikir cara lama. Tidak percaya kepada sistem demokrasi yang melahirkan berbagai parti diMalaysia.  Setiap individu yang berdaftar dengan SPR layak bertanding samada menerusi parti politik atau sebagai calon bebas.
Tidak ada pihak berhak mendakwa sesiapa juga sebagai pengacau selagi mereka patuh kepada peraturan dan undang-undang.  Kita mesti percaya kepada kebebasan.
Pegangan pemikiran yang kusut itu harus dikikis oleh kepimpinan rakyat negara ini.  Pakatan Rakyat sendiri belum ada secara rasmi ikatan yang didaftarkan. Melainkan hanya atas dasar persefahaman. Dalam PRU 12 banyak kawasan  pertandingan berlaga sesama sendiri.
Mengapa tiada ikatan rasmi seperti BN?. Jawabnya mudah 'tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain'.  Mengapa begitu? Sebab masing-masing ada cita-cita untuk menerajui pemerintahan.  Kedua, idealisma berbeza  DAP dengan faham sempit kaum China, PAS masih lagi mimpi menubuhkan negara Islam walaupun telah digugurkan hasrat itu atas paksaan rakan-rakan PR dan PKR tidak ada idealisma yang jelas melainkan cita-cita menobatkan pemimpin utama mereka.
Batu sapi sukar untuk PKR mendapat  kemenangan undinya pasti direbut sehabis upaya oleh YTL.  Pengundi BN tetap BN. Dengan itu mudah diramal bahawa  BN yakin menang.

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

YTL memang dah kena tipu dek Anwar Juburi pasal insiden 16 Sept 08. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...para penyokong dan ahli SAPP kembalilah ke pangkuan BN biarkan YTL meroyan sorang-sorang.