PAS SOAL TENGKU RAZALEIGH – 40 TAHUN JADI MP GUA MUSANG APA BUAT ?



PAS mula serang Tengku Razaleigh diPRK Galas. Maki hamun dipentas dimana Nik Aziz, DS Anwar dan Lim Guan Eng ada sekali. Apakah yang dimaki oleh PAS kepada Tengku Razaleigh? .
Pertama, mereka kata TR adalah pengkhianat.
Kedua, mereka tuduh TR menghilangkan fail semua masalah orang Asli diGua Musang.
Ketiga, mereka mempersoalkan apa yang telah TR buat selama 40 tahun jadi wakil Rakyat Gua Musang ?.

SEMBANG SENJA
Dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak pula ada musuh yang kekal. Dulu semasa  Ku Li dalam 46, semua rujuk pada Ku Li dan beliau sentiasa dihujung bibir PAS.
Bila PAS menuntut royalty minyak PAS usung Ku Li kepentas untuk bercakap bagi pihak mereka.  Kentut ku Li jadi wangi.
Sekarang, bila Ku Li jadi pengarah Galas atas tanggung jawabnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, mereka kata dan sumpah seranah Ku Li sampai jadi biawak.
Pada hal semasa menuntut royalty minyak mereka pun tahu Ku Li Ahli Parlimen yang berdiri atas tiket UMNO. Mereka kurang faham bahawa Ku Li berdiri itu atas nama rakyat Kelantan seluruhnya. Mereka ingat Ku Li sudah sokong PAS.
Tidak hairan jika diandaikan kempen itu sebulan,  ada ceramah akan keluar dari mulut mereka Ku Li Kafir atau sewaktu dengannya.
Tidak logik jika mereka katakan semua fail yang melibatkan masalah orang Asli dihilangkan oleh Ku Li. Tidak munasabah diakal. Hubungan antara PAS dengan Ku Li hanyalah hubungan politik. Bukan hubungan sesama anggota Kerajaan.  Mana boleh fail kerajaan diberikan kepada pihak lain memegangnya.
Jika demikian mereka telah melanggar Akta rahsia rasmi.
Tidak munasabah juga kerajaan negeri tidak ada pegawai yang menasihatkan bahawa tanah rezab orang Asli diGua Musang tidak boleh diganggu atau diambil sebagai ladang rakyat.  Semuanya ini adalah alasan yang tidak logik dan mereka hanya menegakan benang basah.
Isu PAS menuduh TR ini sukar dijawab oleh pihak lain hanya TR sahaja yang boleh memberikan jawapan. Kerana ia bersifat peribadi.

2 comments:

Fadzrul Hisyam said...

Biasalah. Awal lain, lewatnya pun lain. Jangan sampai mi goreng mamak dalam periuk depa hilang pun nak salahkan TR jugak, sudahlah...hehehe

Anonymous said...

cerita donggeng..mana boleh fail kerajaan diberikan kepada orang luar..heheheh..anak-anak tadika pun pandai simpan buku tadikanya...heran bin ajaib..sumpah dan macam-macam lagi kita denga..sokonglah calon UMNO dan tolak calon pas,