PM INDIA PENING JIKA TAHU INDIA MALAYSIA ADA TUJUH PARTI.


Masyarakat India berpecah kepada tujuh kumpulan politik di Malaysia. Totalnya populasi agak kecil tetapi menjadi ahli  kepada banyak parti. Jadi mereka memencilkan diri  dan sukar diperhatikan kerana tiada satu suara yang kuat.
PM India- Dr. Manmohan Singh yakin sistem yang diamalkan diMalaysia mempunyai kebolehan dan upaya untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan masyarakat  keturunan India.

CATATAN PINGGIR
Memang apa yang dilontarkan oleh PM India itu berdasar maklumat, pemerhatian  dan keyakinannya sendiri bahawa masalah kaum India dapat diselesaikan oleh pemerintahan BN.
Pada hakikatnya ia agak sukar kerana berlakunya perpecahan ketara dikalangan masyarakat India. Perpecahan ini kerana masyarakat India sangat gemar  menubuhkan parti politik dan menyertai parti politik selagi parti-parti itu boleh membuka keahlian kepada mereka.
Di Malaysia orang India menjadi ahli kepada MIC, PPP, Makhal Sakti, MIUP, PKR, DAP, Gerakan  dan sebuah kelab penyokong PAS. Barangkali jika UMNO, MCA atau parti lain yang membuka keahliannya kepada sesiapa rakyat Malaysia mereka akan masuk juga.
Soalnya adakah mereka ini menjadi ahli kepada satu parti sahaja?. Apakah parti-parti politik dimana mereka menjadi ahli itu pasti bahawa sebilangan besar  tidak menjadi ahli parti lain.
Dalam keadaan bertelingkah itu adakah antara parti-parti berkenaan dapat memeriksa keahlian parti mereka mutlak ?. Jika mereka menjadi pemimpin agak terserlah dan tidak dapat menyorok darisegi keahlian. Tetapi bagi ahli biasa mereka mungkin tidak disedari menjadi ahli lebih dari satu parti.
Oleh kerana semua parti memerlukan 'nampak ramai ahli' perkara ini tidak dihirau.  Antara Parti yang berlaku keahlian sedemikian ada kemungkinan besar  PKR, Gerakan dan DAP. Jika berlaku sedemikian ternyata parti-parti itu tidak mempunyai kekuatan sebenar kerana ibarat sepohon ara yang hidup tegak  melilit pohon yang mati. Bila-bila akan terbongkar kerana didalamnya berlubang.
Masyarakat yang tidak bersatu sukar dibangunkan.  Oleh itu diseru supaya masyarakat India balik kepangkal jalan jika mereka ingin mendapat perhatian kerajaan.


2 comments:

Lesungindek said...

suara majlis,

Posting yamh menarik dan bertenaga memerlukan fikir untuk mendalami maksud tersirat.

Adakan dialog jangan monolog. Komen yang diberi perlu respon dari SM, baru lah hidup. Kerana dalam komen ada persoalan. Kalau kumen monolog je, tak berupaya nok kumen loh.

TQ

Azizan Yaakob said...

tERIMA KASIH LI,
Maaf terdapat komen yang lepas saya tidak menjawabnya. Insha Allah atas pandangan sdr. harap teruskan perbincangan kita.