13 MEI – DAP SERAM DAN SASAU.




Idea Datuk Zaini kolumnis Utusan Malaysia supaya peristiwa 13 Mei 1969  dirayakan sebagai ' Hari perpaduan' negara. Dengan  tidak semena-mena  Lim Kit Siang, Lim Guan Eng  , serta DAP lain menjerit sekuat-kuat hatinya lantas menuduh kolumnis itu penghasut dan berbaur perkauman.
YB Zulkifli Nordin pula dalam blognya  menerkam  puak-puak DAP itu dengan lantang menuduh  DAP terlalu fobia pada cadangan Datuk Zaini dan meminda tema itu kepada ' Hari mahabbah' yang bermaksud hari kasih sayang.
Jika sepasang kekasih ada valentine day 'hari kekasih'  ia itu dengan menghantar kad atau surat tanda cinta dan kasih pada 14 februari setiap tahun. Suami-isteri juga patut buat begitu, jangan masa bercinta sahaja tidak cukup kertas. Kah..kah..kah.. Ini tidak bila isteri sudah mula kembang, surat atau kad valentine hantar kelain  aahak..hak..hak.. 
Rakyat sebuah negara pun harus begitu. Perlu dipupuk kasih sayang sampai kehati bukan sekadar luaran sahaja. Menghormati perbezaan dalam berbagai-bagai perkara.
DAP sebenarnya bukan fobia kepada peristiwa 13 mei,  sebaliknya fobia kepada konsep 'perpaduan' itu.  Idea perpaduan ini membawa implikasi besar kepada politik perkauman sempit mereka. Mereka bimbang ianya benar-benar diterima oleh kerajaan dan dilaksanakan.
Perpaduan bermakna rakyat rakyat merapatkan diri menjadi satu.  Satu hala, satu semangat dan satu tujuan membentuk sebuah negara bangsa yang makmur ' gemilang, cemerlang dan apa ya? Semasa Pak Lah jadi PM dulu, lupa pula ?.  cemerlang, gemilang dan terbuang ?.  Issh... salah itu. Bukan terbuang. Habis apa dia?  Terbilaaaang !!!. Terbilang ingat itu. Oh ya !, cemerlang, gemilang dan terbilang. Baru betul.
Idea perpaduan ini adalah idea UMNO dan BN. Idealisma BN Perpaduan, pertumbuhan dan pembangunan. Itu pantang bagi Pakatan Rakyat. Mengapa pula pantang?. Nah!.. jika perpaduan kukuh, pertumbuhan mencacak, pembangunan pesat mana ada jalan mereka merampas Putrajaya.
Mereka sentiasa mahu rakyat berpecah-pecah, kalau tidak berpecah mereka laga. Ekonomi terus meleset,  pembangunan tidak ada, Imej negara dimata dunia kotor,  pembuangan kerja, pengangguran besar, pemberontakan disana sini, ramai yang miskin baru mereka sedap angan-angan kePutrajaya.
Pas pula mereka bimbang umat Islam bersatu, melayu bersatu. Jika ini berlaku mereka termenung duduk dipangkal pohon nyior. Oleh itu jika nampak melayu-Islam bersatu maka mereka mulalah banyak keluar fatwa kafir, itu haram, ini haram, tidak masuk shurgalah dan berbagai lagi. Habis semuanya kecamuk semula. Itulah kerja mereka sepanjang hayat. Penuh ketololan.
PKR pula, fobia jika China, India kuat semangat perpaduan. Mereka juga fobia jika semua parti-parti komponen bersatu. Jika begini keadaannya, mereka sangat susah. Jadi ketiga-tiga parti ini akan buat berbagai provokasi, spin dan beranika ragam lagi termasuk keluar negara memburukan imej Malaysia.
Perpaduan adalah slogan laksana hantu kepada PR. Mereka tidak lena jika terbayang hantu itu, langsung sebarang idea kearah itu cepat-cepat mereka bentes supaya tidak kehadapan. Apa lagi mahu menjadikan 13 Mei itu 'hari mahabbah' . Jangan harap kerana menutup mimpi mereka kePutrajaya.

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

13mei1969 lebih hebat dari filem Friday the 13......book office lagi!
Jom ramai-ramai kita menonton 13mei1969 buat pelajaran sejarah untuk kita.

Agent X said...

peristiwa 13 mei perlu dimasukkan dlm subjek sejarah yang diajar di setiap peringkat persekolahan sehinggalah ke inst. pemgajian tinggi. Generasi muda perlu diberitahu kisah sebenar sedetail2nya terutama siapa yang menjadi pencetus, bagaimana dan mengapa ia tercetus agar mereka mengambil iktibar dpd sejarah lampau.Agar mereka kenal musuh agama, bangsa dan negara.