BN MENANG DALAM DOSA –NIK AZIZ




                            FIKIRAN SELALU KATA BERSARA HATI SENTIASA PUJUK TERUS MARA


TG Nik Aziz benar-benar kecewa, tidak puas hati, ragu dan tidak percaya BN menang besar di Galas. Jika benar rakyat tolak Pas dan mahukan BN tidak mengapa. Jika memaksa pengundi berdosa. "Pilihanraya jadi tekanan raya" katanya.
Beliau mengesyaki ada 'sesuatu' kerana pada malam akhir sebelum hari mengundi ada menteri BN yang tidak buat apa-apa boleh buat kenyataan dikaca tv,  BN menang besar sedangkan belum lagi mengundi.

CATATAN PINGGIR
Memang sukar kita menerima hakikat bila kita ditolak. Paling bahaya selepas sahaja menerima keputusan kita melihat keluar tanpa kita merenung kelemahan yang ada pada diri kita sendiri, mengapa kita ditolak.
Kedua, Kita amat terperanjat bahawa sesuatu pemikiran masyarakat telah berubah jauh dari apa yang kita sangat arif dan jangka. Kita berfikir status pemikiran masyarakat masih ditakah lama. Namun demikian lama-kelamaan setelah puas menyalah pihak lain barulah kita menerima hakikat bahawa pemikiran masyarakat itu berubah sejajar dengan sistem nilai mereka.
Ketiga, Tidak ada apa yang menghairankan jika ada mana pemimpin UMNO tahu lebih awal sesuatu keputusan sebelum mengundi sekiranya semua rencana berjalan sempurna kerana UMNO ada makanismanya tersendiri yang tidak ada pada mana-mana parti lain diMalaysia.
Keempat, pengundi-pengundi muda sentiasa mewarnai perubahan setiap kali Pilihan raya diadakan. Walaupun pada mata kasar nampak mereka tidak peduli kepada politik, sebenarnya mereka merakam segala gelagat politik dan diluahkan melalui peti kaca SPR.
Kelima, pengundi tidak percaya kepada mana-mana parti politik yang tidak konsisten dalam menegakan idealisma perjuangan. Pendirian yang berubah-ubah ditolak. bDalam PRK ini signal besar bahawa mereka menolak Pas merelakan diri dikuda oleh DAP. Kes Nik Aziz lawan Mohd Nor Deris boleh dirujuk berdasarkan isu pertengkaran mereka berkisar soal DAP-PAS.
Keenam,  Rakyat menilai bahawa Pakatan Rakyat yang selama ini menuduh BN kotor, korup, angkuh, maksiat, kafir kerana MCA, MIC dan lain-lain, kacau bilau, samseng, ganas, tidak adil, kejam, zalim dan berbagai lebel lagi. Tetapi setelah diberi peluang dibeberapa negeri ternyata tuduhan itu berada didalam PR sendiri.
Rumus,  BN menang dalam pahala kerana mengubah sesuatu yang telah bergelumang dengan dosa.


1 comment:

Anonymous said...

Sudah-sudah laa, Nik Aziz...! Balik umah laa..., kemudian kurung diri sorang2 dalam bilik...., pastu muhasabah diri laa....

Setesen orang lain semua tak betol..., setesen Nik Aziz sajer ker yang betol?

Kelam kabut satu Malaysia akibat perangai Nik Aziz ni... Makin dilayan, makin merapu pulak ...