Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan kata terlalu awal untuk UMNO Kelantan bincang tawar Zaid Ibrahim masuk UMNO semula. Bagaimanapun UMNO Kelantan hormati keputusan Zaid meninggalkan PKR, ketika mengulas tindakan Datuk Zaid Ibrahim akan keluar PKR.(umal Nov18,2010).
SEMBANG MALAM
Datuk Zaid meninggalkan UMNO kerana tidak sealiran prinsip dan dasar perjuangan UMNO-BN. Paling tidak digemarinya adalah Akta Keselamatan Dalam Negara ( ISA). ISA dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Kedua, Kerana politik dalaman Kelantan ( Kota Bharu), dalam satu bukit tidak boleh ada dua ekor harimau. Dalam UMNO Kota Bharu ada seorang lagi tokoh besar ia itu Setiausaha Politik PM Najib sekarang, Datuk Fatmi Salleh.
Ketiga, Zaid adalah seorang yang terlalu idealis dan tidak berpijak dibumi nyata . Idealis maksudnya terlalu memikirkan kesempurnaan. Contoh, Dia mahu supaya liberal demokrasi diAmerika dipadan dengan lanskap politik Malaysia.
Keempat, Zaid terlalu cepat membuat keputusan 'fade-up'. Masuk UMNO bosan, masuk PKR pun bosan. Bezanya UMNO, dia tidak sesuai dengan dasar dan undang-undang. PKR pula semua sekali samada dasar dan kepimpinan sekali dia cemus.
Kelima, Waktu dia keluar UMNO, rakyat tertanya-tanya kenapa dia keluar UMNO?. Walau pun tidak terjejas kerana UMNO parti besar dan ramai tokoh tetapi gelagat itu boleh menggoris UMNO hingga calar.
Keenam, Zaid keluar PKR kerana menolak secara total dasar perjuangan dan kepimpinan PKR yang dikatakan tidak telus, pembohong, kepimpinan yang tidak bermoral, cakap tidak serupa bikin serta sistem parti yang kecamuk.
Ketujuh, Zaid tidak sesuai dengan UMNO, tidak sebulu denga PKR dan dipercayai dengan Pas juga pun tidak cocok kerana amalan perjuangan Pas yang sempit sedangkan Zaid adalah seorang yang liberal.
Kelapan, Zaid hanya sesuai jika dia dapat menubuhkan parti politik sendiri. Ia boleh mewarnai parti itu mengikut warna yang dia suka seperti DS Anwar mencorakan PKR dalam gaya, frame dan bahasanya sendiri.
Kesembilan, Tidak perlu bincang untuk tawar Zaid masuk UMNO. Dia sudah nyatakan bahawa UMNO tidak sesuai dengan dirinya sebelum ini.
Akhirnya, Jika dia telah menubuhkan parti politik sendiri, andaikan mendapat sokongan ramai rakyat, keadaannya jadi lain. Mungkin dia terfikir partinya ada hasrat untuk jadi anggota BN. Pada ketika itu ada dua soalan yang dia mesti jawab ' ya atau tidak' ( soalan yang selalu peguam guna dalam mahkamah).
Apa soalannya? Begini , setuju atau tidak dasar UMNO-BN memerintah?. Dua, Setuju atau tidak ISA diteruskan ?. Jika dia jawab 'ya' barulah masuk fasa untuk bincang. Titik.
2 comments:
setuju dgn blogger, jgn jd gila nk offer zaid masuk umno balik. apa untungnya panggil zaid balik kpd umno? zero. jd masalah adalah!!! dia x setuju dgn umno/bn pasal prinsip. kalau dia pegang prinsip mesti dia x akan masuk semula umno. umno nk letak muka dekat mana? hidung x mancung pipi tersorong-sorong. lupakanlah!!!!
SIAPA ZAHID ???
UMNO TAK PERLU ZAHID
MELAYU TAK PERLU ZAHID
20 TAHUN DALAM UMNO TARAM SEMUA HARTA PUSAKA SELAGI ADA SAMPAI JADI KAYA, PAS TU INGAT DENGAN DUIT YANG BANYAK BOLEH ENJOY DALAM PKR.
SEDAR SEDAR MASUK PKR DUIT DIA PULA BANYAK KENA TARAM, LALU BUAT ALASAN UNTUK KELUAR PKR
DIA NAK TARAM LAGI , DIA NAK MASUK UMNO, TAPI KEMALUAN DIA BESAR .....
aku yang melihat
Post a Comment