DS ANWAR- PENGAJARAN TUHAN ATAU ANUGERAH TUHAN ?


insaflah pembalasan tuhan




Tok Guru Nik sokong kenyataan Dr.Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR, DS Anwar Anugerah Tuhan untuk rakyat negara ini kerana Anwar ada kelebihan tersendiri. Sepatutnya Anwar menyertai parti pembangkang dari dahulu lagi. Silapnya Anwar masuk UMNO. Malangnya,  Anwar dicincang dan dilanyak tetapi dapat bersabar. Katanya. (UMal Nov29, 2010:7)

CATATAN PINGGIR
Setelah lama mendiam diri 'bertapa' kerana leper diGalas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkicau kembali ala gitar tali kendur. Ini bermakna dia menjemput kembali media untuk menyelak jubahnya.
TG Nik Aziz dengan nada kesal kerana DS Anwar memilih UMNO dan tidak memilih Pas ketika mula menceburkan diri dalam politik sewaktu meninggalkan ABIM dahulu. Walau pun dia bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR itu, sebenarnya dia ingin 'membagi rasa' atau memulang paku buah keras kepada DS Anwar.
DS Anwar adalah seorang liberal, dia tidak sekali-kali memilih Pas sebagai landasan perjuangannya. Pas bukan pilihan cocok buat DS Anwar kecuali apa yang diperlukan tidak lebih dari sokongan. Dia mahukan madu bukan lebahnya. Budaya Pas satu pun tidak menyinggah dihatinya. Itu  saya pasti.
Semasa dalam UMNO – bukan orang UMNO melanyak  DS Anwar. TG Nik Aziz harus tahu bahawa Anwar telah cincang beberapa ramai pemimpin UMNO yang berpotensi demi mencapai cita-cita politiknya.
Saya tidak mahu hurai berjela-jela. Jika tidak percaya tanyalah anak cucu Allahyarham Tun Ghafar Baba bagaimana seorang bertaraf ayah itu dijatuhkan . Tanya Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bagaimana dia jatuh. Tanya Tun Musa hitam orang pertama jadi mangsa,  Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi bagaimana seksa berhadapan dengan Anwar semasa bersama,  Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Rahman dan berapa banyak lagi ikan bilis yang menjadi 'lauk' politik Anwar.
Lihat Tan Sri Rahim Tamby Chik, terus merana politiknya. Mangsa terakhir jadi sasaran Anwar adalah Tun Dr. Mahathir jika lewat beberapa jam sahaja, TDM akan jadi mangsanya. Tetapi Allah swt itu kaya dan maha mengetahui siapa layak menjadi khalifah dibumi bertuah ini.
Jika tidak percaya tanyalah Senator Ezam Mohd Nor, kerana dia sebagai Setiausaha politik mengatur kerja-kerja tersebut. Ini semua pengajaran bagi DS Anwar bahawa dunia bulat sentiasa berpusing.
Dalam pentadbiran, Senator Ezam mengatakan Anwar pengamal kroni paling ampuh dengan memberikan contoh kelulusan projek 15 bilion kepada kroninya 15 syarikat secara runding terus sebagai menteri kewangan.  Tetapi bila keluar jadi penentang, maka dialah menghebuhkan kerajaan kroni, projek runding terus ada punca rasuah.
TG Nik Aziz harus berani menerima cabaran Datuk Nalla Karupan untuk bertemu menerangkan apa yang yang tersirat semasa DS Anwar dalam kerajaan BN. Untuk keluarkan air dari lubang telinga kena air juga.
'PENCURI SENTIASA TIDAK PERCAYA KEPADA ORANG LAIN BIMBANG MENCURI'
Sikap TG Nik Aziz menyokong sahaja asal menentang UMNO termasuk syaitan tidak menjadi kehairanan kepada rakyat terbesar. Bagaimana pun Pas harus kaji balik kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pari itu kemarin bahawa cara kepimpinan ode lama Pas tidak sesuai lagi dengan zaman.
Tok Guru Nik Aziz harus menilai diri sendiri samada masih relevan atau tidak dengan perjuangan Pas yang dituntut oleh generasi baru  parti itu.

3 comments:

Mordecai Kucai said...

Anwar masyuk gila babi punya takkan ko tak tau kat kerajaan. Kalau dia terus jadi pembangkang miskin la dia.

Tok guru N.ajis masyuk sental hasil mahsul Kelantan.

Semua bahan bakar api neraka jer.

Selalunya orang yang mempunyai sikap yang sama saja boleh bersengkokol.

Kalau kaki nombor ekor dengan nombor ekor, kaki tennis dgn kaki tennis.

Ke N.ajis nak dapat tips apa syoknya stor kunyit kot. Sebelum mampus nak juga merasa lambaian pintu belakang.

Anonymous said...

Kah.. kah.. kah.. betoi tu. Apa hebatnye parti hamPAS dr kaca mata Anuaww?? Parti yg hanya layak jd balaci parti lain je, xpayah diberi duit, pasti penganut hamPAS akn lakukannya dgn sukerela. Diibarat parti hamPAS ni ANJING SURUHAN anuaww je... nk pakai suruh je, dh abis gune simpan dlm umah ANJING blk.

Kah.. kah.. kah....

Anonymous said...

n aZIS MEMAMNG Haramjadah, tak kadar diri.tak sedar diri, perasuah, sesat dan jahil islam.
Perrrrgh