Utusan Malaysia buat tinjauan masalah bekalan kelapa tidak cukup diPulau Pinang sudah merebak hingga ke Lembah Klang. Ramai peniaga kelapa tutup kedai dan hentikan operasi. Kurang stok kelapa terasa bermula sejak bulan ramadhan yang lalu. Harga kelapa parut sekarang RM 4.00 dan santan RM 6.00 perkilo.
Peniaga kelapa kata jika berterusan begini tidak ada jalan lain harga kelapa terpaksa dinaikan. Sekarang orang terpaksa berbaris membeli kelapa parut atau santan. Ada peniaga kelapa tidak jual kepada orang ramai lagi selain dari pelanggan tetap mereka.
CATATAN PINGGIR
Tidak terfikir oleh kita kelapa merosot bekalannya. Ia boleh jadi gempar satu negara. Kita fikir ia tidak sepenting barangan perlu lain seperti beras, gula, gandum, minyak dan sebagainya. Rupanya kalang-kabut juga.
Pasti lepas ini kelapa naik harga. Peniaga restoran pun naik harga makanan. Jika dulu tidak ada duit oder nasi dengan kuah, bayar nasi sahaja, sekarang kuah pun kira. Tiada percuma lagi kuah dan air suam. Semua ada harga.
Kemana perginya buah kelapa?. Menteri jaga kelapa kena jawab diParlimen dan dimedia. Menteri mana? DS Noh Omar dan DS Ismail Sabri. Kelapa pula jadi pening kepala.
Kenapa kelapa tidak berbuahkah ?. Bukan, bukan tidak berbuah, pokoknya telah banyak ditumbangkan. Mengapa ditumbangkan?. Tinggi sangat kah?. Betul, pertama, pokok sudah tinggi kedua, harga tanah jadi tinggi kerana tanah sesuai tanam kelapa kawasan pantai atau tepi laut.
Apa jadi dengan pantai?. Pantai sudah bertukar wajah, dulu kebun kelapa sekarang hotel, resort, motel, chalet, pusat peranginan dan hiburan. Dulu RM5,000 seekar orang kata mahal sekarang sejuta satu ekar orang kata murah.
Habis apa sudahnya? DS Noh Omar sibuk jaga negeri Selangor tidak ada masa jaga kelapa !. DS Ismail Sabri?. Kelapa tidak ada, macam mana boleh jaga harga? kah..kah..kah..
DS Noh Omar kata lagi, PM Najib akan tanya setiap minggu pada hari Rabu (mesyuarat kabinet) bukan soalan tentang kelapa tetapi soalan tentang 'kepala' di Selangor. Aaahak..hak..hak..
Kepala?. Ya lah...apa perubahan kepala rakyat Selangor !. Berapa ramai kepala bertambah !!. Kah..kah..kah..
Kelapa macam mana?. Malaysia kempen buang lemak, masakan pula DS Noh ' kempen banyak lemak' aahak..hak..hak..
Kepala atau kelapa ?.
2 comments:
tuan
noh omar kena jelaskan siapa BIBAH dalam pejabat beliau.
BIBAH bukan hebat.. Menteri2 dia panggil nama saja. Bukan main berkuasa di kementerian pertanian mengalahkan KSU Kementerian Pertanian.
Noh omar pula melantik berpuluh pegawai khas. kesemuanya ahli2 umno dari tanjung karang yang gaji mereka berpuluh ribu ringgit dibayar oleh agensi di bawah kementerian.
tiap2 mereka ini ada projek. ada supply baja. ada supply lembu. ada supply benih.
sprm patut siasat BIBAH, dato Saiful, dll lagi dalam pejabat Noh.
kalau Umno nak selamat, selamatkan kerajaan dari NOH, BIBAH dan DATO SAIFUL
1. NASI LEMAK, GULAI LEMAK CILI PADI,RENDANG, DODOL, CENDOL DAN LAIN LAIN MAKANAN BERASAKAN SANTAN AKAN JADI MAKANAN EKSLUSIF BERTARAF 5 BINTANG. HANYA YANG KAYA AKAN MAMPU MAKAN.
2. MASAK KARI ? IKUT CARA MAMAK , GUNA SEDIKIT ATAU TAK GUNA SANTAN LANGSUNG
3. LAIN LAIN MASAKAN AKAN MENJADI MENU POPULAR SEPERTI ASAM PEDAS, MASAK SINGGANG, SUP DAN LAIN LAIN MASAKAN TANPA SANTAN UNTUK GOLONGAN MENGAH KE BAWAH.
4. MAKANAN THAI AKAN BERTAMBAH POPULAR
5. KEBAIKANNYA: MENURUNKAN KADAR OBESITI RAKYAT MALAYSIA YANG DIANGGARKAN 60% DARIPADA JUMLAH PENDUDUK SEPERTI YANG DIBERITAHU OLEH MENTERI KESIHATAN
HASILNYA,, RAMAILAH RAKYAT MALAYSIA YANG SEMAKIN SLIM DAN TAK MUSTAHIL PERMINTAAN PASANGAN PULA SEMANGKIN MENINGKAT
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
AKU YANG TAK RISAU KALAU KELAPA NAIK TAPI RISAU KALAU KEPALA NAIK
Post a Comment