MCA SUDAH KEMBALI JADI SINGA





PRK Galas, MCA nampak hebat dan kembali bertaring. Singa China mula melompat garang. Ini mengesahkan MCA Pusat tiada lagi masalah dalaman. MCA mengalir semula dalam darah masyarakat China  Malaysia.
Masyarakat China lebih besar gulungan serdahana. Golongan ekstrim ala DAP tidak digemari kerana menutup pintu masuk wang.
Kian lama bisnes kurang mantap kerana sikap Pakatan Rakyat yang lebih cenderung ekonomi merudum. Kononnya ekonomi baik mengecilkan peluang mereka kePutrajaya. Jika rakyat menderita peluang mereka cerah.
Dalam masyarakat melayu tidak berapa minat memelihara itek pada zaman dahulu. Mereka lebih suka pelihara ayam. Itek dikatakan suka mendoakan tuannya mati cepat. Mereka boleh berenang dan menyudu-nyudu dilimbah air mandian jenazah. Begitulah PR. Lagi kuat ekonomi jatuh, makin gembiralah mereka. Dasar tolol.
Ayam pula sering mendoakan tuannya makmur dan beranak pinak. Kerana jika tuannya makmur, akan banyak makan lebih dan jika anak-anaknya ramai akan sentiasa gugur makanan dari celah lantai ketanah ( rumah orang dulu-dulu lantai jarang dari buluh atau batang pinang berbelah). Jadi mereka tidak putus-putus makanan. Jika tuannya mati mereka akan disembelih buat kenduri tahlil  dan doa selamat..kah..kah..kah..
Cara MCA bersatu hati menghalau kumpulan NGO T. Beng Hock mengganggu program BN tanda mereka benci kepada DAP yang mengalatkan NGO itu diGalas.
DAP sudah papa kedana idea, kes sedang dipengadilan diseret sama diPRK. Nampak sangat terdesak dan politik dungu serta tolol.
Telah saya katakan sebelum ini, jika MCA lawan kuat DAP, UMNO Mudah. Isu perkauman dapat pasti berkurangan jika tidak sifar. Jika MCA membiarkan UMNO berdepan DAP isu perkauman akan memecah angkasa. Itulah yang DAP dan Pakatan harapkan. Provokasi sering dilakukan. Masyarakat China secara menyeluruh akan terseret dengan sentiment perkauman. Begitu juga melayu.
Jika konsep kerja bersama satu pasukan ini ditingkatkan ia sangat berkesan. BN sudah kembali kelandasan. Cabarannya sekarang, tidak mudah memelihara semangat kerja pasukan.

2 comments:

GAP KEMBALI said...

mca halau NGO teoh beng hock..satu permulaan. harap dia dapat bergasak pulak dengan DAP. ini harapan.

ada masa kita jumpa bro..no hp ada simpan

jiwakita said...

salam.....


pemimpin dan ahli parti MCA harus lebih lantang bersuara...menentang
kedurjanaan DAP!!!