PAS TUDUH PKR PUNCA PAKATAN RAKYAT TERJEJAS.




Salehudin Ayub dan Mahfuz Omar mengakui dan berpendapat bahawa pergolakan dalam PKR sekarang memberI kesan masa hadapan kepada Pakatan Rakyat.  Ia berkesan menghakis pemikiran rakyat kepada  Pakatan Pembangkang. Utusan today.

SEMBANG SENJA
Sebenarnya ada harimau dalam perut kedua tokoh Pas itu hendak dikeluarkan sebagai tanda marah kepada apa yang berlaku dalam PKR khususnya DS Anwar yang menjadi punca komflik dalam PKR. Bagaimanapun hanya kucing sahaja yang dilepaskan secara sinis demi menjaga hubungan anggota Pakatan Rakyat.
Oic,  anwar sebagai punca?  Punca  apa pula ?.  Kalau  sudah geharu cendana pula. Jangan tanyalah. Bukankah serata alam sekarang gempar hingga PKR terpecah dua dan akan beranak sulung satu parti lagi sebagai anak jantan DS Anwar  kah..kah..kah..  Anak jantan ? tak fahamlah.  Isssh kamu ini bebal sangat lah . Bukankah Datuk Zaid, Mustaffa Kamil cadang menubuhkan Parti Keadilan Baru .
Bila menyebut soal gabungan atas nama Pakatan Rakyat secara umumnya rakyat akan melihat  bahawa tiga parti iaitu PKR, DAP dan Pas sebagai satu parti.  Identiti sesebuah parti dalam satu komponen itu akan tenggelam.
Lihat Barisan Nasional  parti teras utamanya UMNO, MCA, MIC dan parti-parti kecil yang lain.  Apabila UMNO dilanda masalah seluruh parti  komponen akan ikut ruyup. PRU 12, MCA dan MIC bermasalah BN nyaris hliang kuasa. Itulah penyakit bila bergabung.
Dalam Pakatan Rakyat pun sama. Bila PKR sakit semua parti jadi sakit.  Andainya PKR sihat, Pas sakit  DAP dan PKR uzur sama.  Ooo kalau begitu lebih baik berpecah sajalah kalau begitu. Ya, itu sebaik-baiknya.  Buat macam dulu-dulu, bergabung lepas menang PRU sebagai pembangkang. Itu lebih  senang.
Sekarang DS Anwar adalah tunggak kepada PR tetapi dia sendiri secara peribadi macam-macam hal. Lepas itu ditambah partinya pula bermasalah besar.  Semua ini ditanggung oleh  Pas dan DAP.
Wah sedap sangat kamu bercakap. Kamu ingat Pas dan DAP tidak ada penyakit ? Betul nampak mereka tidak berpecah tetapi persepsi rakyat sudah nampak mereka ada masalah besar hanya berbeza dengan PKR yang berebut fasal Jawatan dalam Parti.  Tidak mengapa,  teruskan saya dengar. Sebab saya pendengar yang baik.
DAP lagi teruk, rakyat sudah mual dengan DAP tidak berubah dengan dasar perkauman sempit. Tanah-tanah melayu dirampas, menggunakan pegawai-pegawai masjid untuk dikuda,  wang judi dijadikan wang ehsan,  zalim terhadap orang melayu dan India. Punca-punca ekonomi rakyat marhaen dimusnah dan tidak membangunkan ekonomi rakyat dalam lingkaran kuasanya.  Sifat melampau itu ditolak oleh rakyat berbilang kaum.
Pas apa kurangnya,  rasuah secara terbuka hingga serata dunia pun tahu, memperkudakan rakyat untuk kepentingan pihak-pihak tertentu contohnya ladang rakyat, tidak tunai janji pilihan raya, zalim terhadap puak minority seperti orang asli. Mengalatkan agama bagi tujuan politik, menjual shurga untuk mendapatkan undi. Gagal membangunkan masyarakat hingga masalah yang paling asas bekalan air harus menunggu 17 tahun lagi baru selesai.
Dalam Pas tidak berlaku transformasi kepimpinan selagi golongan expired masih bertahan dan sikap tidak percaya kepada angkatan baru memimpin  atau kemungkinan angkatan baru rasa rendah diri untuk menerajui parti adalah penyakit politik yang boleh mendatangkan stroke kepada PAS.
Habis ?.  Tidak,  banyak lagi yang saya ingin sampaikan.  Lain kalilah.  Apa yang saya ingin simpulkan bahawa sebenarnya ketiga-tiga parti itu mempunyai penyakit tegarnya tersendiri yang dikesan oleh radar rakyat.  Ketiga-tiga parti dalam PR itu menghadapi zaman gelap !.
Dek... kira air ni, teh tarik saja dua.. makan tak ada. .. air suam tak kan kira, kedai mamak  lainlah. Di Pulau Pinang seringgit segelas air suam sejak DAP memerintah ni kah..kah..kah..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Kalau dibilang, PAS sebenarnya sudah beberapa kali keciwa serta merudum kerana pengabungan yang tidak berijab kabul.... contohnya PAS pernah berkecai dengan S46.. tapi sekarang PKR, kerana keangkuhan, PAS tidak mahu bergabung dengan UMNO, tetapi lebih rela mengenepikan asas perjuangan untuk menumpang kekuatan DAP... itulah balasan yang setimpal untuk diterima oleh PAS....

Lesungindek said...

Psychology warfare telah bermula.Bila nak digunakan teknik carpet bombing with IW?.