POLIS DIANCAM ‘JENAYAH PERSEPSI’


Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat bahawa persepsi negatif dikalangan masyarakat terhadap polis (PDRM) mengawal keselamatan negara sebagai ancaman jenayah baru yang perlu dibendung segera. (UMal Nov22, 2010).

SEMBANG MALAM
Polis tidak perlu terlalu rasa bersalah atau gentar kepada persepsi masyarakat dalam menjalankan tugas mereka demi menguat kuasakan undang-undang negara. Sudah menjadi resam bahawa institusi yang menjalankan tugas sebagai penguat kuasa masyarakat memandang mereka sebagai pengawas. Sejak dari usia tujuh tahun lagi persepsi terhadap pengawas disekolah sudah terbentuk.
Kembali mengimbas masa silam berabad-abad lamanya wujud institusi kepolisan diatas muka bumi ini mana-mana masyarakat dari mana-mana negara, persepsi terhadap polis sudah wujud. Namun ia berubah mengikut masa dan persekitaran.
Bukan sahaja polis malah setiap egensi yang terlibat dalam penguat kuasaan ada persepsi masyarakat  tersendiri. Oleh kerana egensi lain itu tidak terlibat secara meluas dalam masyarakat maka persepsi terhadap mereka kurang diperkatakan kecuali dikalangan mereka-mereka yang terkait sahaja.
Contohnya, penguatkuasa Kementerian Perdagangan dalam negeri, hanya golongan berniaga sahaja terlibat dan mereka ada persepsi terhadap institusi itu. Imigresyen, JPJ, Kastam, Tentera, Lembaga Hasil dalam negeri, LPN,  UPP, dan  lain-lain.
Pada masyarakat umum polis dan JPJ selalu bermain dibibir dan diperkatakan. Mengapa mereka menghantui pemikiran rakyat?.  Tidak lain kerana mereka berada dimana-mana dan pengawasan mereka secara langsung kepada semua rakyat biasa.
Satu ketika dahulu, bila sebut sahaja JPJ pesalah jalan raya kata, jika JPJ jangan main-main ia pasti diambil tindakan tegas. Polis?.  Polis boleh 'bincang;. Kalau kita merayu mereka beri amaran dan lepaskan. Persepsi ini menunjukan bahawa polis lebih bertolak ansur dalam hal-hal kesalahan lalu lintas. JPJ tidak boleh bertolak ansur.
Oleh kerana persepsi rakyat terhadap polis berubah pada satu ketika dengan tanggapan 'tumbuk rusuk' maka polis juga turut berubah kepada tidak boleh lagi bertolak ansur. Konsep 'bincang' tidak dipakai lagi. Maka persepsi masyarakat juga mengatakan polis dan JPJ adalah sama, tidak boleh tolak ansur. Itu contoh dalam hal lalu lintas.
Mana-mana negara samada dinegara maju atau mundur persepsi terhadap polis tetap ada.Walau pun tidak ada kesalahan dilakukan, bila kita nampak polis kita akan memeriksa diri sendiri " oh,,aku tidak buat salah". Sesiapa pun begitu.
Setiap individu mempunyai psikologi tersendiri bila berhadapan dengan polis. Bukan individu polis itu digeruni tetapi  seragam dan kuasa-kuasa polis itu yang dirasakan bahangnya. Individu polis itu hanyalah insan biasa.
Apa yang benar-benar harus dibersihkan dari psikologi rakyat adalah persepsi buruk dan gejala negatif yang menimbulkan persepsi buruk mata rakyat yang merangkumi tabiat rasuah, perangai yang buruk dan tidak berdisiplin dikalangan anggota.
Tidak dinafikan ada sebahagian masyarakat memandang negative, prasangka kerana banyak factor.Antara factor itu seperti factor politik, sebab-sebab rasa  perkauman, ada pengalaman disiasat atau ditangkap oleh polis,  teracun dengan hasutan sesetengah pihak supaya membenci kepolisan dan rasa tidak selesa kerana tidak suka rasa diawasi. Psikologi ini sukar diatasi sampai bila-bila hingga mereka itu ada kesedaran sendiri bahawa polis itu sangat berharga bila sesuatu berlaku pada diri.
Justeru itu polis tidak perlu terlalu psiko terhadap persepsi hingga menjadikan sesuatu yang boleh menggangu fikiran kepolisan. Selagi polis itu bertanggung jawab terhadap penguat kuasaan undang-undang  maka hubungan dengan masyarakat tetap ada jarak. Tidak mungkin polis akan digemari seperti artis.
Jika artis popular itu menjadi polis, artis itu akan hilang populariti. Kah..kah..kah..
Itulah hakikatnya.

2 comments:

Anonymous said...

Weh. mek nye awok suke met menutup no kereta tu......merc tu awok punyie ke......77, yek. kah....kah.

Mengenai persepsi berlaku selagi tidak serasi dengan kehendak dan keperluan dan diberatkan kan lagi budaya lindung dan lepas tangan. Teori JOHARI dan Maslow menjelaskan nya.

chenerong ular said...

nampok gayanya keta hoh di sebelah turk macam gaya no 7777 pulak, rapat benar kereta merc 77 tu himpit keta mahal, ada rancangan sulit ke ? kas tak campur kah kah kah,

bertaubat lah, ramai ngat hok mempunyai kuasa ne menyimpang dari agama kita dalam menjalankan tugas?, salah dato, ada yang tak lari bila berdepan dengan semua pengauat kuasa ne, orang kaya,orang cina, orang berkuasa, orang yang sanggup hulur, apa nok takut semua beres.

Bukan nok menunding jari tapi itu lah hakikatnya, jika tidak mengaku, senan jer panggil jer seorang ketua penguatkuasa di daerah ne , suryh dia bersumpah junjung al quran dalam mesjid, ada kah tidak di menerima apa dari sesaorang, untuk tujuan sesautu. kik kik kik