Presiden PKR, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail memuji DS Anwar sebagai seorang yang hebat dianugerah Tuhan memimpin rakyat ketika berucap dihadapan perwakilan Kongres PKR diDewan Sivik Petaling Jaya semalam , Sabtu 27/11/2010.( Tv3 jam 8.00pm).
CATATAN PINGGIR
Sebagai seoarang presiden sewajarlah DS Dr.Wan Azizah memuji melangit Penasihat Parti Keadilan itu. Bagi PKR tidak ada orang sehebat DS Anwar dan ia anugerah Tuhan kepada parti itu. Jika DS Anwar tidak ada, pasti PKR tidak akan sehebat mana. Kerana PKR itu sangat cerah imej Anwar.
Sebagai seorang isteri secara peribadi cukup tidak sihat jika dia mengatakan suaminya tidak hebat dihadapan khalayak ramai. Paling tidak, ia tidak disebut kerana menyembunyikan banyak perkara.
Ada kekeliruan disitu samada dia memuji sebagai Presiden atau memuji sebagai isteri. Alasan yang menyebabkan dia mengatakan DS Anwar itu hebat selain dari amanah tegas dan berani. Tahan cabaran samada ditahan ISA dan sebagainya. Jika orang lain sudah lama berundur. Apakah apa bila rakyat menyuruh dia berundur dan tetap tidak mendengar suara-suara itu hebat?.
Menerusi kaca TV3 itu Presiden itu nampak tersangkut-sangkut ketika membuat pujian itu. Kekok sedikit mungkin kerana ucapan itu ditulis oleh orang lain dan dia hanya membacanya sahaja.
Semua alam ini anugerah Tuhan. Samada yang batil atau benar, baik tau buruk, lemah atau kuat. Apa lagi suami atau isteri serta anak-pinak dan cucu cicit. Bagi rakyat Mesir ketika pemerintahan Firaun juga mereka kata anugerah Tuhan.
Menerusi kaca TV3 itu Presiden itu nampak tersangkut-sangkut ketika membuat pujian itu. Kekok sedikit mungkin kerana ucapan itu ditulis oleh orang lain dan dia hanya membacanya sahaja.
Semua alam ini anugerah Tuhan. Samada yang batil atau benar, baik tau buruk, lemah atau kuat. Apa lagi suami atau isteri serta anak-pinak dan cucu cicit. Bagi rakyat Mesir ketika pemerintahan Firaun juga mereka kata anugerah Tuhan.
Bagi sebahagian besar rakyat Iraq, tentu mereka kata Presiden Sadham Hussein itu anugerah Tuhan dan bagi rakyat Amerika Bekas Presiden George Bush itu juga anugerah tuhan sebagaimana saya katakan tadi semua alam ini adalah anugerah Tuhan.
Sebagai anugerah Tuhan sepatutnyalah menggalakan rakyat berpadu, bersatu dan saling hormat-menghormati antara satu dengan lain. Tidak pula ada diataranya gemar melihat rakyat berpecah belah antara kaum.
Sebagai manusia anugerah Tuhan juga kita bersyukur kerana ada pihak lain dari luar negara memuji negara ini sebagai sebuah negara Islam moden yang maju dan tidak rasa terhina dengan pujian dan keikhlasan mereka.
Justeru, anugerah Tuhan wajar dimanfaatkan untuk memakmurkan alam bukan memporak perandakan rakyat terbanyak demi mengejar pencapaian diri.
2 comments:
betoi....hebat....hebat... hebat.......depan..belakang..sama rata...sama rata...memamg hebat...terunggul di malaysia....
Saya rasalah Kalau Anwar ditakdirkan jadi PM maka pasti dia akan diangkat setaraf dgn Ayah Pin atau Abuya.
Post a Comment