PUKULAN DR.MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN KEATAS DS ANWAR SANGAT KERAS.




Pukulan Dr Maza keatas DS Anwar sangat keras dan tajam. Ia boleh mematahkan tulang belakang. Pukulan itu menjadi 'ganas' kerana Dr.Maza sifatnya seorang neuteral dari barisan tengah.
Ia telah mengubah persepsi masyarakat umum. Hentakan itu juga menembusi pemikiran puak alim ulama' dan yang searas dengannya. Jika pukulan itu dibuat oleh orang politik taburannya tidak merata, melainkan kepada kelompok tertentu sahaja. Golongan diatas garis semapadan akan berkata "biasalah orang politik ganyang orang politik".
Majoriti masyarakat Malaysia sudah terpasang dalam benak mereka untuk memadamkan memori terhadap DS Anwar. Bagaimana pun masih reserve. Dengan hentakan Dr Maza itu sekali gus mereka klik delete.
Namun demikian berkat kita ramai, lain padang lain belalang. Masih ramai yang berperang dengan diri sendiri . Persoalanannya  'mengapa aku masih lagi meyakininya?". Walau bagaimana pun jika dahulu 100% sekarang agak bundar. Diandaikan turun 70%, turun dan turun lagi.
Lihat sahaja kehadiran mengundi proses pemilihan PKR, 68 cabang diakui oleh Setiausaha Agung yang mengundi hanya 9 – 20 persen sahaja. Itu sudah jelas bahawa mereka sudah membebaskan diri dari PKR.
Sepatutnya, diperingkat usia sedang DS Anwar sudah berada ditahap menguruskan kejayaan. Sedangkan orang yang lebih muda darinya seperti PM Najib sudah berjaya.  TS Muhyidin juga berjaya. Ini semua junior DS Anwar zaman pemuda. Tetapi DS Anwar masih lagi tunggang-langgang dengan 1001 macam masalah yang menghantuinya.
Bagaimana pun saya agak kagum juga melihat DS Anwar kerana dalam usia sedemikian masih ada ketahanan terhadap tekanan-tekanan yang dihadapinya. Pada saya ia cukup berat, terutama dalam kes liwatnya yang sangat aib.
DS Anwar bukan sahaja menghadapi hentakan dari atas dan bawah, tikaman dari hadapan dan belakang, tujahan kiri dan kanan baik kawan dan lawan. Perahu yang sudah rapat ketebing  talinya ditetas akhirnya ketengah semula.
Kadang kala bila kita bersendirian, kita dapat merenung kedalam diri kita sendiri. Sekiranya kita nampak ada 1001 bentuk halangan untuk kita mara kehadapan, itu tandanya atau petunjuk bahawa jalan untuk kita sudah tertutup.
Namun demikian kita berusaha juga bagi memuaskan hati kita tetapi keputusan tetap sama. Jika demikian lebih baiklah mencari sesuatu yang lain lebih bermakna.
Orang tua-tua berpesan 'peluang jangan diambil jika datang mudharat'. 

1 comment:

Anonymous said...

Ikan yang menyelam kedasar lautan, kita tahu jantan betina.

Buah sipi, dikata keras?

Atau penambat tambang mencecah kaki ke atas laluan air menyukat suhu politik peribadi?

Muka-muka pendusta agama tampak amat molek untuk mencerminkan gaya hidup mereka untuk berdusta dalam agama!

Nyah kau atau kau memang perlu dihadirkan untuk menyata akan adanya pendusta agama?