Sultan Selangor dukacita dengan sikap segelintir Rakyat Malaysia termasuk orang Melayu sendiri sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, Raja-raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan.
Baginda percaya tindakan itu dilakukan untuk kepentingan diri atau politik mereka sendiri sehingga ada yang sanggup meminta perkataan 'melayu' yang terdapat pada ungkapan 'Raja-raja Melayu' dihapuskan.
Tindakan golongan itu bertujuan supaya sistem berajaberpelembagaan yang diamalkan sekarang disemak dan dikaji semula dengan alasan kononnya sistem itu tidak sesuai dengan negara yang telah mengalami permodenan. (Umal, Nov30,2010 :1)
CATATAN PINGGIR
Mengimbas sejarah kerajaan Tradisional beratus tahun dahulu, penderhakaan kepada Raja adalah suatu dosa besar kepada negara. Setia pada raja bermakna setia pada negara. Menentang raja bermakna mengkhianat negara. Institusi raja adalah kerajaan dan negara.
Penderhaka pada waktu itu dihukum tamat riwayatnya, bukan dirinya sahaja malah zuriatnya kecuali isteri jika seorang lelaki. Kerana isteri tiada kaitan darah. Rumahnya dibakar. Tanah tapak rumahnya dikaut dan dihumban kelaut. Mengapa? Kerana tidak mahu lagi ada lahir penderhaka diatas tanah yang sial itu.
Negara moden telah mengubah sistem tradisional dalam bentuk negara berpelembagaan. Wujud pengasingan kuasa iaitu Kehakiman, Lagislatif dan Eksekutif. Tiga badan ini bertujuan bagi mengelak kuasa mutlak oleh satu pihak sahaja dan membina sebuah negara bangsa yang adil lagi makmur. Kuasa tanpa batas cenderung kepada salah guna kuasa tanpa batas.
Setiap individu rakyat tertakluk dibawah rangka Perlembagaan serta urat sarafnya. Mempertahankan perlembagaan dituntut bagi meneruskan kehidupan sebuah negara bangsa. Jika ada penentangan dengan kepelbagaian cara ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mengatasi politik dengan cara politik. Mengatasi perlanggaran undang-undang dengan cara undang-undang. Politik diselesaikan cara undang-undang atau undang-undang diselesaikan cara politik akan jadi kecamuk.
Kebesaran dan gelaran dan kemuliaan adalah bagi mereka-mereka yang setia dan berkhidmat serta berjasa kepada raja, negara dan rakyat serta mereka yang memakmurkan negara.
Tidak adil jika penderhaka kepada Raja, negara dan bangsa serta menimbulkan kegelisahan kepada rakyat layak memakai gelaran, kebesaran dan kemuliaan. Tidak kena pada tempatnya. Hak istimewa itu besar impaknya kepada pemikiran masyarakat.
Jika sesuatu pihak tidak tahu menilai penghargaan dan hak istimewa itu maka hak itu tidak perlu dikekalkan. Jika dikekalkan ia akan digunakan untuk cara yang salah dan membawa kesan besar kepada penganugerah sendiri.
Langsung apa cadangannya?. Emmm saya tidak boleh komen, itu bukan kuasa rakyat. Habis kuasa siapa?. Mereka tujukan tohmah yang mengatakan hak istimewa Melayu itu dieksploitasi oleh golongan yang distilahkan sebagai Elit.
Elit? Elit itu apa ? Isssh kamu ini betul-betul badak .. kah..kah..kah.. Jangan marah bergurau. Kalau serius sangat cepat mati aahak..hak..hak. Baiklah, ini badak mahu tahu, jika kamu sebagai mereka yang dituduh elit itu, apa kamu yang kamu akan lakukan ?
Emmm kalau saya?. Mudah saja. Kalau kamu apa?. Isssh orang tanya dia, dia tanya kita balik? Kamu badak ke saya?. Huuuu.. huk..huk..huk..
Ok..ok..ok.. Kalau saya, saya kan tarik balik segala keistimewaan mereka seperti gelaran dan kebesaran yang mereka dikurniakan sebelum ini.
Apa kesannya? Emmm.. buat dulu baru lihat kesannya. Ramai yang suka, sedikit berdukacita. Itulah demokrasi.
2 comments:
Disahkan bahawa tiada bangsa lain samada maupun melayu sepertimana yg diungkapkan sultan selangor, malinkan hanya melayu BN yg pernah secara terang menghina raja melayu dengan menabalkan raja baru, mencerca raja johor dan meminda perlembagaan. Yg lain dan dititahkan sultan ialah cuma ucaha 'sikitol' untuk melagakan orang lain supaya ianya mendapat jalan selamat. Ucaptama Penasihat PKR dan Presiden PKR saya dengar dengan jelas melalui web dan saya faham bukan bermaksud merendahkan martabat melayu, tapi menemplak kumpulan tertentu yg menjadikan kuasa dan kouta 'ketuanan melayu' sebagai platform untuk menjadi jutawan segera. Sedangkan rakyat berada ditaraf yang tidak sepatutnya disebut tuan. Dan saya lihat yg bising mulut dalam blog juga adalah org yg bernaung dibawah payung2 ketua 'ketuanan melayu' yg ada duit.
MAD Baling
Persepsi rakyat sudah tertanam bahawa Pakatan Rakyat khususnya DAP dan PKR anti Raja dan keistimewaan melayu. Itu jelas. Tidak payah menegak benang basah.Mereka adalah penderhaka dalam kontek sekarang. Lihat diperak? Apa jadi melayu pulau pinang? Penghinaan kepada orang melayu itu hanyalah untuk mendapat undi china.
Post a Comment