reformis
Gerakan Reformis Rakyat Malaysia ( Reformis) Ramlan Abu Bakar Presiden, mencabar DS Anwar Ibrahim supaya menyaman pihak luar yang menuduhnya sebagai 'peliwat'. Pihak luar yang dimaksudkan itu termasuk Wikileaks, Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura serta pihak tertentu diAustralia yang membuat kenyataan menjatuhkan maruah dirinya itu.
Ramlan mencabar DS Anwar jangan jadi hebat didalam negara sahaja tetapi bila berhadapan dengan pihak luar jadi pengecut.
(Utusan Online DEC14,2010: POL).
CATATAN PINGGIR
Saya sungguh melekat hati pada Gerakan Reformis ( GRRM ) untuk ikut langsung terkembang memerhatikan mereka sejak Zaman Reformasi lagi. Reformis adalah daya gerak gelombang reformasi yang berani, lantang, lasak dan bersedia berbuat apa sahaja andai mereka fikir sesuatu itu benar dan adil.
Reformis adalah didirikan bagi menjulang kembali DS Anwar yang dilucut jawatan, dikatakan di inaya oleh Tun Dr.Mahathir 1998. Hari ini, mereka tidak lagi percaya kepada DS Anwar kerana berbagai masalah dasar perjuangan dan masalah peribadi yang tidak pernah kering.
Refomis harus menjadi teladan kepada pejuang parti politik tidak mengira dari parti apa dan NGO khususnya Pemuda UMNO, bahawa berjuang atas dasar kebenaran dan keadilan tidak pernah gusar. Jika didapati sesuatu kepalsuan, tiada kebenaran dan tidak adil mereka tidak teragak-agak berpatah kepangkal jalan.
Reformis menyifatkan Anwar sebagai 'jago kampung' sekiranya tidak menyaman pihak luar yang menuduhnya sebagai pemain buntut ( bahasa halus Indonesia). Kalau ditafsir buntut itu ekor pun boleh. Jadi pemain sebelah ekorlah kah..kah..kah.. .
Bapak, kalau diMalaysia pemain ekor itu pemain nombor magnum . Kalau menang ada hadiah wang, lumayan juga. Oh.. faham, loteri. Mahu jadi Perdana Menteri boleh tikam seperti loteri bapak?. Iya.. bisa juga , tapi kalau tersilap, termasuk perangkapnya Wikileaks terus maut itu namanya. kah..kah..kah..
Jika dahulu DS Anwar dikagumi sebagai tokoh politik dibanyak negara asing tetapi sekarang semuanya memukul balik tengkuk DS Anwar.
Kesan dari kenyataan pihak luar itu bukan sahaja melibatkan subjudis dimahkamah yang sedang berjalan sekarang, malah merudumkan nilai saham politik Pakatan Pembangkang seluruhnya dimata umum. DS Anwar benar-benar menjadi liabiliti kepada DAP dan Pas hatta PKR sendiri.
Kenyataan Lee Kuan Yew dan Singapura itu juga mengubah persepsi dan keyakinan DAP kepada DS Anwar kerana Lee Kuan Yew adalah mentor kepada DAP diMalaysia. Kenyataan itu juga Pas telah berani mengatakan bahawa parti itu menjadi tunjang kepada Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya jika gabungan itu berjaya PRU 13, semalam.
Apakah ini makbul doanya Tuan Haji Mohd Saiful Bukhari dihadapan Pintu Kaabah atau di Al multazam, masjidil haram? Aahak..hak..hak..
Haji Saiful tulislah doa itu diblog bagaimana susun kata-katanya untuk dipelajari bagaimana doa itu terus makbul ' Sebenarnya itulah doa orang terinaya sebagaimana kata Ummi Hafilda Ali, " doa orang terinaya tiada hijab antara bumi dengan langit" .
1 comment:
DULU REFORMIS BERDOA DAN SEMBAHYANG HAJAT UNTUK ANUa
SEKARANG DOA DOA ITU SUDAH MULA DIKABULKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT
ALLAH JUA MAHA MENGETAHUI
Post a Comment