MUKHRIZ KETUA PERHUBUNGAN UMNO KEDAH TEPAT





Lewat Post saya  sebelum perhimpunan Agung UMNO yang lalu saya telah mengatakan bahawa jika berlaku perubahan dalam badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, orang yang paling tepat adalah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Kerana diyakini beliau ada bakat kepimpinan yang besar untuk mengembalikan Kedah ketangan BN walau pun usianya agak muda.
Ini bukan bermakna Datuk Shafie Apdal tidak mampu tetapi peranannya sebagai Menteri Luar Bandar dan Wilayah sangat besar yang harus diberi tumpuan. Pembangunan Luar Bandar diSabah dan Serawak bagi RMK 10 juga memerlukan sebahagian besar masa untuk mempastikan perlaksanaan berjalan dengan baik.
Kedudukan DS Mahdzir Khalid pula akan membantu memantapkan lagi UMNO-BN Kedah. Sekiranya UMNO kedah padu beliau bolehlah berjinak-jinak diPusat pula. '
Walau pun Tun Dr. Mahathir telah bersara tetapi sentuhannya diKedah sangat bermakna. Kekalahan Kedah PRU 12, rakyat Kedah amat keliru pada ketika itu kerana Tun M keluar dari UMNO. Namun pada kali ini berharap janganlah keluar lagi bila dekat dengan pilihan raya   kah..kah..kah..
Diyakini Tun M akan dapat membantu mengembalikan kedah kepada BN jika kena gaya pakatnya pada kali ini. Sebab itulah saya katan bahawa perlantikan Datuk Mukhriz sebagai Ketua Perhubungan UMNO kedah adalah tepat.
Saya juga akan mengupas tentang UMNO Pahang selepas ini jika ada kesempatan. Tetapi ia sekadar pandangan sahaja kerana setiap orang bebas mengeluarkan pendapatnya sebagai warga negara.


3 comments:

Anonymous said...

awang oi mintak hang habaq bila che det masuk ameno blk..ada dia ckp dia masuk ka. kah kah kah atau tungguuuuuu...

Anonymous said...

dato bashah dah kompon pengerusi perhubungan umno kedah.berilah sokongan padanya.

Azizan Yaakob said...

Dato Nashah ok sebab dia Timbalan Sekarang TQ