PEMBANGKANG AUSTRALIA PASTI TINGGALKAN ANWAR

Ahli Parlimen Bebas Australia Senator Nick Xenophon berada diMalaysia sebagai counter attack kepada PM Ausralia yang melawat secara rasmi keMalaysia bulan lalu. Beliau kononnya mewakili 61 ahli Parlimen Australia ( satu perempat dari seluruh MP Australia) untuk memerhati perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim dan pertemuan dengan Pembangkang Parlimen Malaysia.
 Xenophon juga adalah antara 50 orang MP Australia termasuk Michael Danuy meminta supaya kes liwat Anwar digugurkan Februari lalu. Oleh kerana perbicaraan kes liwat itu tangguh beliau dibawa melawat Parlimen dan membuat kenyaataan Akhbar diParlimen menagatakan bimbang Anwar tidak dibicarakan dengan adil. ( umal Dec9,2010:28)

CATATAN PINGGIR
Biasalah, orang hanyut akan mencapai apa sahaja untuk berpaut dalam keadaan tenggelam timbul bagi menyelamatkan nyawa. Ds Anuar terpaksa berpaut pada mana-mana parti pembangkang negara lain bagi menekan sistem kehakiman di Malaysia yang kononnya tidak telus, tidak adil,  zalim, hakim tidak layak, prosedur yang tidak lengkap dan berbagai lagi. Ini bagi membuktikan apa yang dilontarnya diluar sana.
Bukan sahaja sistem kehakiman malah seluruh sistem yang mengalir dinegara ini songsang dan ia berusaha menyongsangkan pemikiran orang asing dengan hujah dan fakta yang tohor . Ia terangkum soal SPRM, Polis, Sektor awam, SPR,  ketuanan melayu,  Islam dan sebagainya.
Sebagaimana saya terangkan lewat entri  sebelum ini  DS Anwar mempunyai penyakit xenocentrism yang terlalu kagum kepada budaya luar dan merendah-rendahkan budaya sendiri. Jika dia terus bercita-cita untuk menerajui negara penyakit itu wajar dirawat. Buat masa ini biarlah mahkamah menentukan jenis rawatannya.
Xenophon adalah wakil pihak minoriti Australia yang tidak perlu kita dengar dan perdulikan sangat . Ia hadir lebih bersifat 'to cover up' terhadap lawatan pemerintah negara itu kenegara ini sahaja. Australia juga menggunakan rangka dan sistem perundangan yang berpokok dan bertunas dari England. Hadhir kerana memberi muka kepada Ketua Pembangkang itu. Menagapa mereka datang waktu bicara ditanggunhkan. Tentu ada muslihat.
Percayalah puak minoriti itu juga akan terkena 'goreng' seperti apa yang berlaku kepada puak-puak yahudi diAmerika.  Suatu hari, ia akan tinggalkan DS Anuar juga kerana mereka pun mempunyai fikiran .  Dengan usaha melihat secara lebih dekat ini satu petanda bahawa mereka ingin mengesahkan apa yang  puak Yahudi kata.
Apa yang kita harus pelajari, bahawa Xenophon tidak memburuk-burukan negaranya sendiri walaupun ada kesempatan mengadakan kenyataan akhbar di Parlimen.  Ada nilai disebalik kedatangan itu yang pihak pembangkang Malaysia kena pelajari.
Mereka pembangkang, bukan pengkhianat.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Anwar pengkhianat bangsa dan tanah air, Nik Aziz pengkhianat agama Islam dengan mempergunakan segala ilmu yang ada untuk bersekongkol dengan Anwar.... apa nak heran.... Allah akan sentiasa memelihara bumi bertuah ini dari dijajah oleh manusia-manusia khianat macam Anwat dan Nik Aziz....