SUAMI WAJIB BAYAR KWSP ISTERI


bulan madu suami-isteri di pantai teluk cempedak Kuantan



Kemarin,  Ketua Wanita Gerakan  yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan mendesak kerajaan supaya mengujudkan satu skim caruman untuk Isteri dan mewajibkan suami  membayar bulanan selain tanggungan wajib dan nafkah. Ini sebagai langkah awal para isteri jika berlaku perceraian.

CATATAN PINGGIR
Pertama,  Kerajaan  harus merangka  Akta bagi perlindungan tersebut dan dibentangkan diParlimen. Soalnya Ahli-ahli Parlimen setuju kah?.
Kedua, Patutlah barang selalu naik harga kerana Kementerian itu ada timbalan menteri yang sedemikian pemikirannya. Harus diingat bahawa Isteri bukan pekerja, suami bukan majikan. Mereka bersetuju mengikat kontrak berdasarkan kasih sayang dan nilai-nilai murni yang tinggi.
Kontrak antara pekerja dengan Majikan ada nilai-nilai tertentu yang menyebabkan Majikan dikehendaki membayar potongan EPF kepada pekerjanya. Lagi pun, pendapatan  pekerja dipotong dan majikan menambahnya. Jika pekerja potong 10% dari gaji, Majikan 12% menambah. Masing-masing tidak berniat  perkahwinan itu nanti ada perceraian. Semua berazam untuk sampai mati.
Baik, kalau isteri  tidak bekerja dipotong dari sumber mana?.  Suami akan bayar berdasarkan apa?. Kalau Isteri bekerja, EPF nya sudah dibuat oleh majikan,  bila ada undang-undang wajib kepada suami,  bukankah dua kali bayar.
Jika suami tidak bekerja kerana berbagai sebab contohnya, belajar, bersara, bisnes tidak menjadi dan berbagai lagi  macam mana?. Jika gaji Isteri  bekerja dengan gajinya RM 7000 dan suami hanya  RM1500 , jika 10%  patut bayar EPF,  hampir separuh gaji suami membayar EPF Isetri. Kah..kah..kah..
Jika Isteri  yang meragam meninggalkan suami macam mana kira?. Kah..kah..kah.. 

1 comment:

Anonymous said...

ada juga suami menjadikan isterinya kuli sepanjang hayat....bila diceraikan tiada ada apa apa yang tinggal...