TOK GURU NIK AZIZ – BERSARALAH IKUT PILIHAN SENDIRI









Tok Guru Nik Aziz, kesihatannya tidak begitu baik, pergerakannya terbatas. Doktor menasihatkannya tidur terlentang tetapi masih bertegas tidak mahu berundur atas alasan mentadbir negeri bukan pakai  tubuh-badan melainkan hanya pakai fikiran menerusi dewan harian dan mesyuarat Exco. Orang Pas meminta beliau kekal. Jika mereka minta beliau berhenti, petang ini juga dia letak jawatan, katanya. ( UtusanOnline, Dec17,2010)


CATATAN PINGGIR

Salah satu ciri-ciri kepimpinan yang baik adalah tahu bila masanya dia patut berhenti. Kedua, sepanjang kepimpinannya disediakan pengganti yang terbaik (grooming). Ketiga, percaya bahawa pengganti itu mampu menjalankan tugas dengan baik kerana dia dilatih begitu lama dan terpilih.

Keempat, tidak menanti orang lain menyuruh kita berhenti. Kelima,  sedar akan rakyat memerlukan sentuhan dan pemerhatian kita sendiri dalam mengharungi kehidupan mereka dimerata negeri. Keenam, belajar dari orang lain yang sanggup berhenti dan memberi laluan kepada orang lain, sebagai negarawan.

Jika kesihatan terus terganggu, tidak boleh bergerak dan lincah hanya fikiran sahaja bergerak dan bertindak atas dasar lapuran orang lain maka ia dikelaskan sebagai tidak lagi berkemampuan.

Pada waktu kita sedang sakit, tidak ada orang hilang adab, berani menyuruh kita berhenti kerana bimbang akan bertambah parah lagi tekanan fikiran kita. Tetapi didalam hati mereka, kita tidak tahu. Mungkin manis dibibir sahaja. Dihadapan lain, dibelakang lain. Mungkin terdetik dihatinya, Bila lagi?.

Orang disekeliling kita mahu kita meneruskan kerana mereka hidup bergantung kepada kita. Jika kita berundur perubahan akan berlaku. Mereka takut terumbang ambing semasa perubahan berlaku. Mereka takut kedudukan mereka tidak sama seperti sekarang. Tetapi sampai bila?. Sampai masanya perubahan tetap berlaku juga. Itu pasti.

Saya tiada hak untuk mengatakan patut berhenti. Namun saya suka supaya seseorang pemimpin itu memposisikan kehidupannya dengan pengakhiran penuh dihormati dikelaskan sebagai negarawan
.
Disini saya memuji pemimpin negara kita samada yang masih hidup dan yang telah pergi. Mereka adalah negarawan unggul. Kepada Tok Guru Nik Aziz, makan berhenti bila sudah rasa kenyang. Sendawa pun lunak. Jika terlebih makan, sendawa pun makanan yang keluar bukan lagi angin.

Ingatlah, semakin lama semakin kasih mula menurun. Jangan sampai turun kelantai. Lumrah alam hati  manusia sentiasa berubah. Kenallah tanda-tanda kasih telah berubah.



2 comments:

Anonymous said...

Zaman sekarang puak muda yang banyak bawa perubahan...

Internet, Google, facebook untuk digunapakai seluruh dunia..semua umur2 muda..

Ini baru dinamakan PEMIMPIN yang perlu dihormati..bagi peluang untuk diri sendiri dan peluang sedunia untuk menikmati perubahan dalam hidup harian.

Macam Nabi kita Muhammad saw.. bawa perubahan sedunia..

wereba

chenerong ular said...

Salam dato, bukan senang senang atau calang calang manusia dengam mudah nok melepaskan kuasa, bagi orang yang parnah berkuasa, hilang kuasa bagaikan hilangnya atau tercabutnya nyawa, ha u.

Ada pemimpin kita turun dari kerusi empuk (LETAK JAWATAN ), rela dalam terpaksa, menangis juga nok letak jawataan, bagi yang di lucutkan jawatan menangis sendirian lah di dalam hati, memikirkan nasib atau harapan yang belum tergapai.......