SYABAS – Syarikat Bekalan Air Selangor fail saman pemula terhadap kerajaan negeri Selangor supaya membayar hutangnnya pada tahun 2009 sejumlah RM 471, 642,916 serta merta. Tuntutan secara baik telah diadakan secara bersurat tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari kerajaan negeri. Menurut KDEB dan Kumpulan Perangsang yang mewakili kerajaan negeri mememagang saham 30% kepentingan dalam Syabas telah berulang kali menyatakan keenganan kerajaan negeri melayan tuntutan Syabas.
Utusan. Jan12,2011 /8
CATATAN PINGGIR
Sekarang terbongkar helah kerajaan negeri memburuk-burukkan Syabas selama ini hingga menggerakan demonstrasi haram diperkarangan masjid negara pada 5 Disember 2010 yang lalu.
Perhimpunan haram itu rupannya kerana ingin mengelabui mata rakyat bahawa kerajaan negeri tidak mampu bayar hutang kepada Syabas hampir setengah billion ringgit. Ramai yang menjadi alat menyertai perhimpunan tersebut sekarang harus sedar apa sebenarnya tersembunyi disebalik slogan suci pemimpin gagal itu.
Sudahlah berhutang dengan orang maka maki hamun pula sipemberi hutang. Adakah patut berbuat demikian?. Walaupun Syabas tidak mendapat bayaran dari kerajaan negeri hampir setengah billion tetapi tanggung jawabnya kepada rakyat tetap dijaga. Bekalan diteruskan juga.
Syabas juga adalah syarikat yang dikendalikan oleh manusia. Dalam operasi mereka memerlukan berbagai-bagai kos termasuk gaji dan elaun kakitangan. Kos-kos pembangunan dan pengawasan. Jika kerajaan bersikap tangkai jering untuk membayar hutang kerana tidak mampu menjana pendapatan, hutang semakin bertambah, ia boleh menjejaskan bekalan pada masa hadapan kerana pengecilan hasil dan modal sayarikat.
Apa tujuan kerajaan negeri mahu mengambil alih bekalan tersebut sekiranya tidak mampu?. Jangan ingat mudah. Kerajaan BN mengswastakan bekalan air dahulu kerana mengakui kelemahan kerajaan negeri tidak dapat mengendalikan bekalan tersebut secara sempurna. Itu pun kerajaan BN negeri yang selari dengan kerajaan pusat.
Sekarang dimana kerajaan negeri mahu mengorek sejumlah setengah billion itu untuk membayar serta merta?.
Kikirlah sendiri.
1 comment:
Kalau Syabas berani sponsor makan minum dan lain2 leh la gi demo kat opis menteri besar.
Kita menuntut keadilan hak pihak lain mengapa MB tak peduli?
Biar malu muka dia...
Pandai nak bagi air free konon. Tu la jadinya. Usah kata jaga negeri jaga apartment pun boleh lingkup camni.
Si Sesumpah celaka tengah sibuk belanjawan 100 hari. Antaranya konon boleh dapat duit dari kurangkan rasuah dan pengurusan wang negara.
Ko tu lah hantu rasuah. Cekik duit negara ni berbillion tiba nak tunjuk baik.
Kira macam suruh perompak nombor satu bukak syarikat Sekuriti pastu jaga bank bank.
Umpama tudung sajikan kucing dengan ikan lah.
Nafsu serakah tak terjaga. Duit tu pun nafsu juga.
Rentikan Brother Anuwar Bin Ibrahim!
Post a Comment