NIAT TERSEMBUNYI KOSONGKAN KERUSI PELABUHAN KELANG TERBONGKAR ?



Pakatan Pembangkang dengan serta merta mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Kelang kosong atas alasan ADUN  kawasan berkenaan tidak menjalankan tugas selama  enam bulan adalah satu helah untuk mendapatkan 2/3  keputusan  sidang Dewan Undangan Negeri Tergempar pada 24 Januari ini.

Dalam politik ibarat kapur hitam yang ditulis atas papan hitam.  2 X 2   tidak semestinya  = 4, sebaliknya mungkin 5, 7, atau apa saja boleh jadi. Dalam teka teki bagi Pakatan berhasrat sangat besar untuk meminda perlembagaan negeri itu, menggalakan kita membuat spekulasi dan kajian kemungkinan. Ini pun cara kita menajamkan otak dan jangan terlalu serius hingga pecah kepala.

Keadaan kita terlalu serius dan tertekan menyebabkan kita membuat perkiraan yang salah dan akhirnya kecundang. Saya atau mungkin semua orang tertanya-tanya apakah strategi Pakatan untuk memenangkan 2/3 pindaan itu ?.

Selangor  ada 56 kerusi  semuanya. 35 Pakatan Pembangkang , 21 adalah Barisan Nasional.  Mereka memerlukan  37 kerusi untuk cukup 2/3.  Jika dikosongkan satu kerusi bermakna semua jumlah kerusi telah berubah  55 kerusi.  2/3 dari 55 kerusi adalah 36.66 ( 36.7 ).  Dalam matematik 36.7  ia masih kekal 37 jika dibulatkan. Barang kali mereka hanya kira 36 sahaja.

Satu lagi mungkin dikira dari kerusi yang ADUN yang digantung.   Ini bermakna hanya tinggal  keseluruhan 54.  Jika  2/3 dari 54 berapa?.  Jawabnya tepat 36.  Mereka masih kurang satu kerusi juga. Nah..jika digantung itu dikira kosong menerusi fasal mana dirujuk?.

Dengan itu mereka cari apakah alternatif kedua untuk mencukupkan 2/3.  Pertama membeli   seorang ADUN BN.  Hahahaha   jika ragu lagi mereka beli dua ADUN BN. Jangan pandang remeh hal ini kerana ini soal moral  kepada mereka.

Berapa Juta mahu ?, 5, 10, 20, 50, Pun orang sanggup beli  kah..kah..kah.. Bagi negeri Selangor  50 juta hanya  sekeping tanah tidak sampai 50 ekar pun berebut  taukey  kejar pergi bayar diSingapaura atau Hongkong atau Australia.   hahahaha. Silap-silap lebih ramai yang mahu bersara  awal hahahaha.

Alternatif ketiga tamatkan riwayat hidup dua orang ADUN BN dalam masa dua tiga hari ini …kah…kah…kah… tiba-tiba sahaja jadi Beng Hock  kah..kah..kah..  Adu politik tidaklah sampai begitu diMalaysia. Kalau Negara  luar itu mungkinlah.

Keempat pula,  sidang pada hari itu diteruskan dengan gempar !.  Tetapi tangguh ketarikh lain untuk mencari akal mencukupkan 2/3.  Tetapi bimbang juga makin kurang manalah tahu nasib Shuhaimi ADUN Sri Muda tiba-tiba kesnya jadi kuat,  lagi merosot jumlah kerusi. Tetapi mungkin kontra dengan kerusi  Dr. Mohd Khair Toyo kah…kah..kah.. apa lagi ya ?.

Kelima, Kalau ada undang-undang boleh kira kerusi ADUN digantung menjadi kurang maka  tangguhkan sidang lepas itu gantung lima orang sekali kah..kah..kah..  bukankah menang besar !. Inilah cara DAP , Ronnie liau dan Tresa Kuok brainstorm agaknya dalam sesuatu hingga ramai rakan exco lain terperangkap. Mereka kaji semua aspek, percambahan minda dan disusun dalam satu pekej halus supaya ramai tidak perasan.  Kah..kah..kah..

Tetapi dia orang mesti ingat,  jika  undang-undang itu lulus pun tidak boleh dilaksanakan jika ia bercanggah dengan  Perlembagaan Persekutuan. Panjang ceritanya.

Justru itu, segala pelaburan hanya mengabehkan boreh sahaja.


1 comment:

sgray said...

Banyak sangat andaian beb...Gua sarankan BN bertindak atas beberapa juak2 yang celupar tu.ie ISA AKTA HASUTAN DAN PENDERHAKAAN ATAS RUKUN NEGARA..oleh juak2 PKR tu..dah ada dalam tangan 2 atau 3 orang dari puak mereka..i.e cam isu melanggar hukum2 syariah,mengahsut uma islam memperlekehkan agama ISLAM..Amacam agak2 DS Najib [sayakan PM].. ..MALAYSIA AT STAKE bukan sahaja Selangor kalau diurutkan Game PLAN PR] dan KDN berani tak..act fast.settle No issue.Biar lah mereKa melalak yang pasti game control DAN NEGARA terselamat beb.
Dengan ini dapat gak cegah serakah kat Duit TU..wallahuwa'lam