Kutipan dari akhbar
DS Dr, Ahmad Zahid Hamidi Naib presiden UMNO berkata "Tan Sri Khalid keras kepala" kerana menolak Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor walaupun sudah mengangkat sumpah dihadapan Sultan Selangor.
Bekas SUK Selangor Datuk Ramli Mahmud menyangkal tuduhan Mohamad Khalid bahawa beliau menjadi dalang mempastikan Khusrin dilantik sebagai SUK yang baru.ekoran dolak dalik MB itu kepada rakyat negeri Selangor.
Datuk Dr Mohd Fuad Jarkasi MT UMNO mengatakan Khalid patut undur secara terhormat kerana tidak sesuai lagi menjadi MB ekoran dolak dalik MB itu.
Syed Ali Alhabshee ketua UMNO Bahagian Cheras berkata Anwar menjadi dalang untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB untuk memberi laluan kepada Azmin Ali kerana setia menyimpan rahsia mereka berdua.
DS Mohd Sidek Hassan menyeru semua pihak agar mrnghormati Khusrin sebagai SUK Selangor " Dia adalah SUK negeri Selangor" katanya.
CATATAN PINGGIR
Setiap hari samada ahli politik, NGO, ahli akademik, pegawai-pegawai Kerajaan, Wakil Istana dan berbagai lagi mengkritik bahawa MB Selangor itu dengan sudut pandangan yang tidak memihak kepada nya . Perkataan keras kepala, dolak dalik, patut berundur, tidak menghormati orang lain sering menjadi peluru penabur terhadapnya.
Namun demikian beliau tidak mengubah sikap dan gelagatnya. Sikap suka menuding jari kepada kesalahan orang lain atau kelemahan orang lain adalah satu cara beliau membersihkan dirinya seolah-olah dia tidak bersalah dan orang lain semua bersalah.
Masa yang banyak dibuang untuk perkara remeh dimana sepatutnya digunakan untuk pembangunan maka ianya dihabiskan dengan hanya berfikir tentang kuasanya tidak dapat melantik SUK negeri itu.
Ini semua petanda bahawa jika dia tidak terkeluar partinya akan terkeluar dari gelanggang PRU13 nanti. Sama-samalah kita lihat.
Ralat: maaf beberapa kesilapan perkataan kerana urusan yang tidak dielakan.
1 comment:
Salam Dato. ikut kan orang umno dan bn memang lah sepatutnya TS Khalid kena undur diri, itu kata mereka yang membangkang di selangor serta kuncu kuncu bn di tempat lain.
Cuba kita tanya pulaaapa pendapat pembangkang di pahang dan lain lain tempat di malaysia ini siapakah yang patut berundur kerana banyak menlakukan salah laku ?.
Sama juga waktu krisis perlambagaan dahulu ?, SIAPA YANG MINTAK TDM turun dari kerusi PM ?, RAKYAT DAN PENYOKONG RAJA RAJA ?, ADATLAH DATO, SEMUA ORANG BUAT TAK KENA DEK KITA KERANA TIDAK MEMIHAK KEPADA KITA, HAHAHAHAHAH.........
Post a Comment